UNIT penyelam Jabatan Bomba dalam operasi mencari mangs  Danial Danish Muhamad Jasmin, 14, yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama empat rakan di Sungai Terengganu dekat Kampung Seberang Tuan Chik. FOTO Imran Makhzan
UNIT penyelam Jabatan Bomba dalam operasi mencari mangs Danial Danish Muhamad Jasmin, 14, yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama empat rakan di Sungai Terengganu dekat Kampung Seberang Tuan Chik. FOTO Imran Makhzan
Zaid Salim


KHIDMAT dua anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) digunakan dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Muhammad Danial Danish, 14, yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Terengganu dekat Kampung Seberang Tuan Chik, Kuala Terengganu, hari ini.

Operasi SAR yang memasuki hari kedua itu disambung bermula 7 pagi selepas ditangguhkan 10.30 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, setakat ini usaha mencari dan menyelamat mangsa tidak menemui sebarang petunjuk.

“Pencarian hari ini kita menggunakan khidmat K9 JBPM Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur, diketuai Pegawai Bomba Kanan 1 (PBK 1) Fadzil Arshad bersama tiga anggota termasuk pegawai.

“Kita berharap khidmat anjing pengesan dapat membantu dalam operasi SAR.

Pencarian hari ini membabitkan 46 anggota terdiri daripada 27 anggota JBPM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) (13), Polis Diraja Malaysia (PDRM) (tiga), Unit Amal (lapan) dan seorang wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Terengganu,” katanya.

Rozizah berkata, radius pencarian di permukaan air diperluaskan sehingga jarak 1.5 kilometer (km) ke muara dan 1.5 km ke hulu.

“Selaman di beberapa kawasan turut dilakukan oleh 13 anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuala Terengganu dan Kuala Berang,” katanya.

Berita berkaitan

Operasi cari Danial Danish ditangguh

Mandi sebelum memancing [METROTV]

Remaja dikhuatiri lemas

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Oktober 2019 @ 10:50 AM