Seorang lelaki meninggal dunia akibat cedera parah selepas dipukul sekumpulan individu di Rantau Panjang. - Foto hiasan
Seorang lelaki meninggal dunia akibat cedera parah selepas dipukul sekumpulan individu di Rantau Panjang. - Foto hiasan
Garret Dawum


LULUH hati bapa apabila menemui mayat anak lelakinya yang juga pesakit mental tergantung di bangsal belakang rumah di Kampung Bakong, Oya dekat Dalat, semalam.

Lelaki berusia 61 tahun itu yang baru bangun tidur kira-kira jam 6 pagi mengesyaki sesuatu tidak kena berlaku selepas melihat pintu rumah terbuka.

Risau dengan keadaan itu, lelaki itu bergegas ke bilik anaknya dan mendapati seorang daripada anaknya tiada.

Dia kemudian mencari anaknya berusia 26 tahun itu di sekeliling rumah sebelum menjumpainya dalam keadaan tergantung dengan tali terikat di leher di bangsal belakang rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Dalat Deputi Superintendan Roslan Leman berkata, mayat dibawa ke Hospital Dalat.

“Siasatan awal mendapati mangsa adalah pesakit mental dan mendapat rawatan di Hospital Mukah. Kali terakhir mangsa mendapat rawatan ialah pada 6 Jun lalu.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menjumpai unsur jenayah namun kes masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Julai 2019 @ 12:54 PM