SYED Hussian (tiga kanan) Johari (tiga kiri) beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Antaranya Tengku Sulaiman Shah (dua kiri), Amirudin Shari (kanan) dan Fahmi (dua kanan) pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri MPB di sini, hari ini. FOTO Aswadi Alias

Noor Hidayah Tanzizi

Kuala Lumpur: Hampir 5,000 tetamu diraikan pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Mereka yang diraikan pada majlis rumah terbuka yang bertemakan 'Macam Dulu-Dulu' adalah terdiri daripada pelanggan dan rakan perniagaan syarikat berkenaan, wakil Kementerian, pihak berkuasa serta selebriti tanah air.

Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Rafiq Razali berkata, sambutan majlis tahun ini lebih meriah dengan kehadiran tetamu jemputan daripada pelbagai pihak.

Menurutnya, majlis berkenaan bukan saja menghargai rakan kerjasama pihak MPB tetapi ia juga memberi peluang kepada pihaknya untuk bertemu semua pihak berkenaan.

SYED Hussian berbual dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. FOTO Asyraf Hamzah
SYED Hussian berbual dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. FOTO Asyraf Hamzah

"Ini peluang kita untuk beramah mesra bersama rakan pengiklanan (pelanggan dan perniagaan syarikat) dalam satu majlis yang meriah.

"Saya berterima kasih dan berbesar hati dengan kehadiran semua pihak ke majlis ini," katanya.

Katanya, pemilihan tema adalah untuk meraikan semangat hari raya seperti zaman dahulu yang menerapkan semangat kekeluargaan, saling menghormati dan kemeriahan.

"Walaupun sekarang zaman sudah agak moden tetapi kita jangan lupa betapa pentingnya hari raya terutama dalam aspek kekeluargaan," katanya.

TENGKU Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin berbual dengan Fahmi. FOTO Asyraf Hamzah
TENGKU Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin berbual dengan Fahmi. FOTO Asyraf Hamzah

Turut hadir Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Al-Haj, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times (M) Sdn Bhd (NSTP) yang juga Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH) Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

ANTARA tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri MPB. FOTO Asyraf Hamzah
ANTARA tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri MPB. FOTO Asyraf Hamzah

Selain itu, Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Kamaruddin Mape dan Pengarang Kumpulan News Straits Times (NST) Farrah Naz Karim, Pengarang Eksekutif (Kandungan) Harian Metro (HM) Muhamad Safar Ahmad dan Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) HM Yusri Abdul Malek turut menghadiri majlis.

Pada majlis itu, pelbagai juadah disajikan kepada tetamu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2024 @ 6:58 PM