PEMAIN Compo FT bergambar  kenangan sambil mempamerkan trofi kemenangan.
PEMAIN Compo FT bergambar kenangan sambil mempamerkan trofi kemenangan.
Oleh Pretty Licha

Dalat: Pasukan Compo FT dibarisi pemain B-16 tahun muncul juara Kejohanan Futsal Tahun Baru di Stadium Perpaduan Dalat selepas menewaskan Oya 2-1 pada perlawanan akhir baru-baru ini.

Kejohanan disertai 32 pasukan dianjurkan bersama Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Mukah, Kelab Futsal Daerah Dalat (KFDD) dan Pertubuhan Belia Parlimen Mukah (PBPM).

Kejayaan menyaksikan Campo FT membawa pulang wang tunai RM800, piala dan medal, manakala Oya RM600, ketiga Iganian FT RM400 dan keempat Tanam FC RM200.

Penjaga gol Oya, Asfarif Awang Senusi dianugerahpemain terbaik kejohanan.

Majlis pnyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Bersama Kejohanan Royston Valentine. Turut hadir Pengerusi Kelab Futsal Daerah Dalat Daniel Francis Klumai, Pegawai JASA Parlimen Mukah Haizzul Abdul Halim dan Pembantu Belia & Sukan Bahagian Mukah Lanting Ak Mala.

Menurut Royston kejohanan itu adalah yang keempat dianjurkan Kelab Futsal Daerah Dalat selepas kejayaan besar penganjuran Kejohanan Futsal Brazuca World Cup sempena Piala Dunia FIFA pada Jun tahun lepas.

Katanya, 32 pasukan menyahut cabaran melibatkan pemain terdiri daripada belia sekitar Daerah Mukah, Oya, Igan dan Dalat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 6:03 AM