Peniaga kedai makan Kebayan Taman Pasir Putih, Pasit Gudang memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga ketika menjalankan aktiviti harian. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Peniaga kedai makan Kebayan Taman Pasir Putih, Pasit Gudang memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga ketika menjalankan aktiviti harian. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Mohd Sabran Md Sani


TINDAKAN tegas akan dilakukan mengikut Akta Kawalan Harga dan Akti Pencatutan 2011 sekiranya terdapat pihak menaikkan harga penutup muka secara tidak munasabah.

Bagaimanapun, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan membabitkan perkara itu sehingga kini.

Menurutnya, KPDNHEP hanya mengawal harga bagi lima jenis penutup muka tetapi tiada sebarang kawalan bagi topeng muka R-95.

“Topeng muka satu lapis (sangkut telinga) dijual harga runcit RM7 sekotak dan topeng muka dua lapis dijual pada harga RM10 sekotak serta topeng muka tiga lapis RM25 sekotak.

“Turut dikawal topeng muka tiga lapis (ikat) RM30 sekotak dan topeng muka N-95 RM6 seunit atau RM100 sekotak,” katanya mengulas isu berkaitan harga topeng muka.

Permintaan terhadap topeng muka sejak kejadian gas beracun di Pasir Gudang berikutan pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim pada 7 Mac lalu.

  • Lagi berita berkaitan gas beracun Sungai Kim Kim
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 9:29 PM