KAKITANGAN HRPZ bergambar bersama ibu dan bayi merdeka. FOT Ihsan HRPZ
KAKITANGAN HRPZ bergambar bersama ibu dan bayi merdeka. FOT Ihsan HRPZ
Betty Subaryati


SERAMAI 19 bayi ‘merdeka’ dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) Kota Bharu sejak awal pagi, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Hashim Mohamed berkata, mulai 11 hingga 12 tengah malam tadi, seramai 12 bayi merdeka direkodkan.

"Manakala tujuh lagi bayi iaitu empat lelaki dan tiga perempuan dilahirkan antara 12.45 hingga 7 pagi tadi," katanya.

Beliau berkata, sempena sambutan Hari Kebangsaan, HRPZ II mengadakan sambutan di hospital dengan meraikan kelahiran bayi yang baru dilahirkan di sini malam tadi sehingga pagi ini.

"Sambutan bayi merdeka HRPZ Kota Bharu ini adalah acara tahunan hospital sebagai sebagai tanda kesyukuran terhadap kelahiran generasi baru," katanya.

Majlis disempurnakan Pengarah HRPZ Kota Bharu, Datin Dr Selasawati Ghazali.

Turut hadir, Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi HRPZ II Dr SukriAhmad.

Sementara itu, ibu bayi merdeka, Aini Fazira Adanan, 35, berkata, dia melahirkan bayi lelaki pada 12.07 tengah malam tadi.

"Saya berbangga dapat melahirkan bayi merdeka ini dan bercadang memberi nama anak sesuai dengan semangat kemerdekaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Ogos 2018 @ 11:28 AM