YUSHAIMI (tiga dari kiri) dan Ahmad Zaini (dua dari kiri) beramah mesra bersama tetamu jemputan.
YUSHAIMI (tiga dari kiri) dan Ahmad Zaini (dua dari kiri) beramah mesra bersama tetamu jemputan.
DARI kiri, Kamal, Amirudin, Mohd Nasir dan Abdul Jalil.
DARI kiri, Kamal, Amirudin, Mohd Nasir dan Abdul Jalil.
RIBUAN tetamu yang hadir memeriahkan  Majlis Rumah Terbuka  Aidilfitri Media Prima Berhad di Hotel Hilton, semalam.
RIBUAN tetamu yang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Media Prima Berhad di Hotel Hilton, semalam.
Syanty Octavia AmryAhmad Suhael Adnan dan Nor Ain Mohamed Radhi dan Veena Babulal


Kuala Lumpur: Lebih 5,000 tetamu hadir memeriahkan majlis rumah terbuka Media Prima Berhad (MPB) yang diadakan di Hotel Hilton di ibu kota, petang semalam.

Majlis tahunan itu antara lain turut dihadiri pengurusan kanan MPB termasuk Pengerusi Kumpulan, Datuk Mohd Nasir Ahmad, Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Farnida Ngah.

Hadir sama, Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP), Datuk Manja Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima (RRMP), Seelan Paul, Ketua Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio, Datuk Ahmad Izham Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Big Tree Outdoor Sdn Bhd, Shukor Ariffin.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif New Straits Times Press (NSTP), Datuk Seri Abdul Jalil Hamid, Ketua Pegawai Komersial (CCO) NSTP, Alfian Talib, Pengurus Besar Perniagaan, Pembangunan dan Digital NSTP, Azizi Othman, Ketua Pengarang NSTP, Datuk Yushaimi Maulud Yahaya serta Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Pada majlis itu, lapan gerai di bawah MPB turut dibuka kepada tetamu dengan pelbagai aktiviti disediakan.

Antara gerai berkenaan ialah Hijab & Heels, CJ Wow Shop, Tonton dan gerai rangkaian radio MPB.

Majlis juga dihadiri beberapa kenamaan dan menteri antaranya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution, Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Majlis yang berakhir jam 8 malam itu terus dibanjiri tetamu jemputan dan rakan artis terdiri daripada artis lama dan baru.

Antara selebriti yang kelihatan ialah Amar Baharin, Amyra Rosli, Bella Daly, Remy Ishak, Faezah Elai, Aishah Azman, Faizal Tahir dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Julai 2018 @ 10:17 AM