Najib bersama  Johan  (lima dari kanan) dan  Mohamed Jawhar  (lima dari kiri) menggaul Yee Sang sempena Sambutan Tahun Baru Cina Media Prima, semalam.
Najib bersama Johan (lima dari kanan) dan Mohamed Jawhar (lima dari kiri) menggaul Yee Sang sempena Sambutan Tahun Baru Cina Media Prima, semalam.

Kuala Lumpur: Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Media Prima yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, semalam, berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 3,000 tetamu.

Majlis yang bermula jam 3 petang hingga 8 malam itu dihadiri jemputan daripada badan korporat, badan bukan kerajaan, agensi kerajaan serta media.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turut meluangkan masa menggaul Yee Sang bersama tetamu jemputan.

Hadir sama, Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Hui Kang.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) Datuk Amrin Awaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen dan Primeworks Studios Sdn Bhd Ahmad Izham Omar, Pengerusi MPB Tan Sri Johan Jaaffar, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio MPB Seelan Paul, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital Datuk Zainul Ariffin Mohammed Isa, Ketua Pegawai Pemasaran MPB Shareen Oii, Pengerusi The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Ahli Lembaga Pengarah MPB Tan Sri Lee Lam Thye dan ahli pengurusan kanan MPB.

Kesempatan itu turut diambil pihak pengurusan MPB untuk beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan tarian Singa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2015 @ 8:54 AM