Semua PATI dihantar pulang menggunakan pengangkutan Vessel MV Antonia 1. FOTO Ihsan JIM
Semua PATI dihantar pulang menggunakan pengangkutan Vessel MV Antonia 1. FOTO Ihsan JIM
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Tiada istilah 'kasihan' apabila seramai 226 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina diusir dan dihantar pulang ke negara asal melalui pelabuhan Sandakan, t

Semua PATI terbabit adalah tahanan di Depot Imigresen Sandakan yang dipindahkan menggunakan pengangkutan laut ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pemindahan itu membabitkan seramai 153 lelaki dan 56 wanita.

Selain itu katanya, JIM turut menghantar pulang 17 kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 12 tahun ke bawah.

"Ini adalah program pemindahan siri 7 bagi kategori Usir melalui jalan laut tahun 2024 menggunakan pengangkutan Vessel MV Antonia 1.

"Semua PATI berusia lingkungan dua hingga 73 tahun itu melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963," katanya.

SH Sitti Saleha berkata, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.

Sehubungan itu, SH Sitti Saleha berkata, Jabatan Imigresen Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2024 @ 3:10 PM