TETAMU yang hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Media Prima Berhad. FOTO Aizuddin Saad
TETAMU yang hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Media Prima Berhad. FOTO Aizuddin Saad
Suraya Roslan dan Rizanizam Abdul Hamid


LEBIH 5,000 pengunjung memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) di Hotel KL Hilton di Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa menteri Kabinet, termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta rakan strategik MPB selain artis tanah air.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri FD Iskandar; Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Datuk Seri Amrin Awaluddin; Pengerusi The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Tan Sri Ismail Omar dan Ahli Lembaga Pengarah MPB, Tan Sri Ismee Ismail.

FD Iskandar (berdiri, kanan) bersama Ismee (berdiri, kiri) dan Amrin (duduk, kiri) melayan tetamu jemputan yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Media Prima Berhad. FOTO Mohd Yusni Ariffin
FD Iskandar (berdiri, kanan) bersama Ismee (berdiri, kiri) dan Amrin (duduk, kiri) melayan tetamu jemputan yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Media Prima Berhad. FOTO Mohd Yusni Ariffin

Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio Sdn Bhd, Ahmad Izham Omar; Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2017 @ 7:53 PM