FD Iskandar (empat dari kiri) mengetuai acara menggaul yee sang sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MPB bersama pengurusan tertinggi kumpulan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.  FOTO Mohd Yusni Ariffin
FD Iskandar (empat dari kiri) mengetuai acara menggaul yee sang sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MPB bersama pengurusan tertinggi kumpulan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Kuala Lumpur: Lebih 2,000 tetamu terdiri daripada badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan, agensi kerajaan serta wakil media hadir memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Media Prima Berhad (MPB) di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, hari ini.

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengerusi Kumpulan MPB Datuk Seri FD Iskandar, Pengarah Urusan Kumpulan MPB Datuk Seri Amrin Awaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Abdul Jalil Hamid.

Turut memeriahkan majlis, Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen MPB Datuk Manja Ismail,

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio MPB Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio MPB Seelan Paul dan Ahli Lembaga Pengarah MPB Tan Sri Lee Lam Thye.

Selain itu, ahli perniagaan komestik terkenal Datuk Seri Vida turut hadir beramah mesra dengan tetamu bagi meraikan lagi sambutan rumah terbuka berkenaan.

Hadirin dihiburkan dengan nyanyian, persembahan tarian singa sebelum diakhiri dengan acara menggaul yee sang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 7:40 PM