ISMADI (dua dari kiri) membuat pemeriksaan selepas operasi Ops Dadu di sekitar pusat perjudian Taman Kinrara. -Foto SADDAM YUSOFF
ISMADI (dua dari kiri) membuat pemeriksaan selepas operasi Ops Dadu di sekitar pusat perjudian Taman Kinrara. -Foto SADDAM YUSOFF
Faris Fuad


DUA premis judi dalam talian yang menggunakan konsep kafe siber dilengkapi pin keselamatan pintu masuk dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya ‘dihidu’ polis Serdang, malam tadi.

Kegiatan itu dibongkar polis berkenaan di sekitar jalan Taman Kinrara Seksyen 1, Puchong, masing-masing pada petang semalam dan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, berkata hasil serbuan itu, pihaknya menahan 30 pemain judi dan enam pekerja premis terbabit.

Pada masa sama, katanya, tiga mesin simulator, 44 komputer riba dan wang tunai berjumlah RM4,325 dirampas bagi siasatan lanjut.

Pada masa sama, katanya, tiga mesin simulator, 44 komputer riba dan wang tunai berjumlah RM4,325 dirampas bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

“Tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) akan diambil bagi pengusaha dan pemilik perniagaan yang menjalankan kegiatan judi dalam talian,” katanya pada sidang media Ops Dadu di Puchong, malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Jun 2018 @ 1:48 AM