Ahmad Bashah   bersama    Abdul Jalil  (dua dari kiri), Yushaimi (dua dari kanan),  Alfian    (kanan) dan  Ahmad Zaini ketika  mengadakan kunjungan hormat di pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman, semalam.
Ahmad Bashah bersama Abdul Jalil (dua dari kiri), Yushaimi (dua dari kanan), Alfian (kanan) dan Ahmad Zaini ketika mengadakan kunjungan hormat di pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman, semalam.
Suzalina Halid

Pengurusan kanan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), semalam, melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, di pejabatnya di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Delegasi NSTP yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid disertai Ketua Pengarang NSTP, Datuk Yushaimi Yahaya, Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Abu Talib dan Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Mereka meluangkan kira-kira sejam bersama Ahmad Bashah yang turut berkongsi perancangan kerajaan negeri bagi memacu pembangunan Kedah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Februari 2018 @ 10:26 AM