NAZILI memeriksa barisan ketika Perhimpunan Bulanan dan Penyerahan Bendera Kontinjen Kawad Kecekapan 2017. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
NAZILI memeriksa barisan ketika Perhimpunan Bulanan dan Penyerahan Bendera Kontinjen Kawad Kecekapan 2017. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Muhamaad Razis Ismail


SERAMAI 270 Pegawai Bomba Bantuan (PBB) bakal direkrut bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dalam tiga tahun akan datang.

Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata, pengambilan itu akan dibuat secara berperingkat mulai tahun ini sehingga 2019.

"Pada tahun ini kita akan mengambil 61 orang, 100 orang bagi tahun depan dan 109 pada tahun berikutnya.

"Ahli PBB akan diserap ke beberapa balai bomba di Kelantan termasuk tiga BBP baru dan menjalankan tugas seperti ahli bomba sebenar.

"Mereka yang terpilih akan menjalani kursus menyelamat serta dibayar elaun sehingga RM1,300 ke RM1,400 sebulan," katanya ketika ditemui ketika Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyerahan Bendera Kontinjen Kawad Kecekapan 2017 di Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JPBM Kelantan, Anwar Abu Bakar.

Menurutnya, individu yang berminat boleh mendapatkan borang di balai bomba berhampiran atau melayari www.bomba.gov.my bermula hari ini sehingga 20 September nanti.

"Antara kriteria yang ditetapkan termasuk berusia 18 tahun ke atas dengan kelayakan minimum memiliki sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 September 2017 @ 12:22 PM