ANGGOTA Bomba bertugas menerima  HM Kotak Rezeki di Ibu Pejabat Bomba Negeri, Tunjung. FOTO Fathil Asri
ANGGOTA Bomba bertugas menerima HM Kotak Rezeki di Ibu Pejabat Bomba Negeri, Tunjung. FOTO Fathil Asri
Muhamaad Razis Ismail


“Alhamdulillah untuk tiga tahun berturut-turut Harian Metro tidak pernah melupakan Bomba Kelantan,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Nazili Mahmood, berhubung sumbangan #HMKotakRezeki diterima.

Nazili berkata, sumbangan yang diberikan cukup bermakna dan bukti penghargaan media kepada anggota keselamatan yang bertugas terutama di Ramadan.

Katanya, lebih bermakna pihak Harian Metro tidak pernah melupakan bomba Kelantan dalam mengagihkan #HMKotakRezeki.

"Kebiasaannya ketika bertugas, kami hanya sempat minum air saja sebelum meneruskan tugas sehingga selesai. Dengan #HMKotakRezeki ini, sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai alas perut kepada anggota yang terpaksa bertugas ketika waktu berbuka puasa.

"JBPM Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Harian Metro menyumbang sebanyak150 #HMKotakRezeki untuk tahun ketigaberturut-turut," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan #HMKotakRezeki di Ibu Pejabat JBPM Kelantan di Tunjong, Kota Bharu, semalam.

ANWAR (kiri) menyerahkan HM Kotak Rezeki kepada Nazili di Ibu Pejabat Bomba Negeri, Tunjung. FOTO Fathil Asri
ANWAR (kiri) menyerahkan HM Kotak Rezeki kepada Nazili di Ibu Pejabat Bomba Negeri, Tunjung. FOTO Fathil Asri

Terdahulu, Nazili menerima 150 #HMKotakRezeki yang diserahkan Ketua Biro The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Kelantan Anwar Hussin.

Turut hadir, Timbalan Pengarah JBPM Kelantan Anwar Abu Bakar.

Sumbangan#HMKotakRezeki berisi juadah berbuka puasa itu ditaja oleh Affin Bank Group, rakan kurier Pos Laju, Watsons Malaysia, Nabati Food Malaysia Sdn Bhd, OISHI, Kimball, Central Sugar Refinery (CSR) Massimo by The Italian Baker dan QNet International.

Mengulas lanjut, Nazili berkata, semua #HMKotakRezeki akan diagihkan di 17 Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh Kelantan.

"Harapan kita, sumbangan ini dapat menyuntik semangat mereka untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat biarpun terpaksa berkorban masa dan tenaga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Jun 2018 @ 12:36 PM