Nazili (empat dari kanan) memeriksa alat kelengkapan menyelamat selepas sidang media mengenai persediaan menghadapi banjir di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, hari ini. FOTO Syamsi Suhaimi
Nazili (empat dari kanan) memeriksa alat kelengkapan menyelamat selepas sidang media mengenai persediaan menghadapi banjir di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, hari ini. FOTO Syamsi Suhaimi
Rosliza Mohamed


JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan dengan kekuatan 1,127 pegawai dan anggota sudah bersiap sedia untuk berdepan bencana banjir di negeri ini.

Pengarahnya Nazili Mahmood berkata, jumlah itu turut termasuk anggota Pasukan Bomba Sukarela dan Pasukan Tindakan Awal Kecemasan.

Katanya, kelengkapan logistik membabitkan 37 bot dan tujuh lori juga sudah disediakan untuk digerakkan pada bila-bila masa diperlukan.

"Pengalaman banjir pada 2014 banyak membantu jabatan untuk bertindak dengan cepat.

"Malah semua pegawai dan anggota juga sudah menjalani latihan bagi memantapkan fizikal dan mental sebagai persediaan menghadapi banjir," katanya pada sidang media di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, hari ini.

Menurutnya, bomba turut membantu agensi lain dan kerajaan negeri dalam menghadapi fenomena terbabit.

"Masyarakat juga perlu peka dengan keadaan semasa termasuk mengikut arahan berpindah untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Oktober 2017 @ 5:30 PM