DARI kiri, Solimiya, Sherina  dan Ainul yang menjadi juara pada Majlis Pertandingan Terbuka Bahasa Tamil 1Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan di Sekolah Menengah Sains Selangor, Tasik Permaisuri.
DARI kiri, Solimiya, Sherina dan Ainul yang menjadi juara pada Majlis Pertandingan Terbuka Bahasa Tamil 1Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan di Sekolah Menengah Sains Selangor, Tasik Permaisuri.
Garret Dawum

Kuala Lumpur: Usaha seminggu yang dilakukan tiga pelajar SMK Seri Bintang Utara membuahkan hasil apabila diumumkan sebagai juara Pertandingan Terbuka Bahasa Tamil 1Malaysia (Personaliti Pendidikan Tamil Di Malaysia) peringkat Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Sekolah itu yang diwakili pelajar tingkatan dua iaitu Sherina Sheridan, Ainul Mardhiah Khairol Anuar dan Soumiya Marichelvan memilih tokoh bahasa Tamil bernama Thamizhavel G Sarangapani dalam persembahan PowerPoint mereka.

Bagi Ainul Mardhiah, 14, walaupun tidak fasih berbahasa Tamil, ia bukan penghalang untuknya bersama pasukan menyiapkan satu PowerPoint menampilkan tokoh yang banyak berjasa dalam perkembangan bahasa Tamil di Malaysia.

“Sebelum membuat PowerPoint, kami membuat kajian menerusi Internet untuk mendekati dan mengenali siapa tokoh yang dipilih.

“Banyak maklumat yang diperoleh adalah berdasarkan pembacaan selain bantuan daripada guru. Penyertaan dalam pertandingan ini adalah pengalaman berharga dan penting. Kami akan buat yang terbaik untuk peringkat seterusnya,” katanya.

Pasukan sekolah itu yang akan mewakili Wilayah Persekutuan ke pertandingan peringkat kebangsaan berjaya menewaskan pasukan SMK Convent Bukit Nanas dan SMK Zon R1 Wangsa Maju yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Julai 2016 @ 8:47 AM