NUR Ain Farzana (kiri) berkongsi kegembiraan bersama ibu dan kakak selepas menjuarai Tilawah Kategori Tadika pada Majlis Perujian Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru.
NUR Ain Farzana (kiri) berkongsi kegembiraan bersama ibu dan kakak selepas menjuarai Tilawah Kategori Tadika pada Majlis Perujian Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru.
Oleh Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru: Seorang murid tadika di Taman Universiti Skudai, di sini, membanggakan keluarganya berikutan sering menyertai pertandingan tilawah al-Quran ketika kebanyakan rakan seusia lebih suka dengan mainan masing-masing.

Keberkatan amalan Nur Ain Farzana Mohd Zailani, 6, membuatkan anak kedua daripada tiga beradik itu bukan saja memiliki keperibadian baik malah memiliki daya ingatan tajam selain mudah memahami pelajaran.

Nur Ain Farzana berkata, dia berharap dapat menggembirakan ibu bapanya dan gurunya selain berhasrat meneruskan lagi minatnya pada masa depan.

“Saya selalu menghafal bacaan di rumah dan sekolah dengan bantuan emak dan cikgu. Saya harap dapat masuk ke pertandingan lebih tinggi,” katanya yang muncul johan Tilawah Kategori Tadika pada Majlis Perujian Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru di Sekolah Agama Taman Universiti, baru-baru ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 6:16 AM