Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia, Gary Gong (tengah) pada majlis pelancaran OPPO Find X3 Pro di Kuala Lumpur. - FOTO OPPO
Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia, Gary Gong (tengah) pada majlis pelancaran OPPO Find X3 Pro di Kuala Lumpur. - FOTO OPPO
Nur Amirah Abd Rani

JENAMA telefon pintar global, OPPO mensasarkan peningkatan standard telefon pintar dalam pasaran melalui pelancaran peranti flagship terbaru, Find X3 Pro dan menjadi tiga jenama telefon pintar utama di Malaysia menjelang suku keempat tahun ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia, Gary Gong berkata, sasaran ini akan menjadi pencapaian terhebat bagi syarikat setelah berjaya menubuhkan asas kukuh bagi jenama OPPO dan pengguna dalam industri telefon pintar sejak tahun sebelumnya. 

"Oleh itu, melihat kepada prestasi jualan telefon pintar yang berdaya saing, OPPO Malaysia melancarkan siri telefon pintar dengan prestasi berbeza menerusi pengukuhan ciri-ciri utama pada peranti. 

Bukan hanya memperkenalkan peranti baharu FindX3 Pro 5G ke Malaysia, ia juga membawa Perkhidmatan Premium OPPO bagi mewujudkan pengalaman pelanggan eksklusif untuk kali ini.

OPPO yakin dapat meningkatkan kedudukan syarikat dalam pasaran telefon pintar di Malaysia menerusi peningkatan prospek keseluruhan pasaran global.

Gong berkata, untuk berada di tahap hari ini pelbagai usaha telah dilakukan oleh OPPO bermula dengan aplikasi dalam talian My OPPO iaitu program kesetiaan membolehkan pengguna menikmati servis eksklusif serta diskaun istimewa.

"Manakala bagi perkhidmatan luar talian, OPPO melabur sebanyak RM6.5 juta sejak 2018 bagi menyediakan My OPPO Space iaitu pusat perkhidmatan secara fizikal.  

"Sehingga kini terdapat satu juta pengguna menggunakan aplikasi My OPPO dan 10 cawangan My OPPO Space telah dibuka di seluruh Malaysia," tambah Gong.

Kemunculan Siri Find X3 Pro baharu ini, bakal menawarkan perkhidmatan premium antaranya perkhidmatan waranti antarabangsa, hotline eksklusif, pelindungan waranti OPPO Care, serta perkhdimatan Oppo2U.

Image

"Pelancaran ini bakal menyaksikan OPPO menjadi jenama telefon pintar terkemuka serba lengkap paling laris di Malaysia serta mengekalkan momentum pertumbuhan jenama di rantau ini.  

Katanya, OPPO sentiasa komited dan terus mengoptimumkan pengeluaran produk di peringkat global merangkumi produk mewah dan sederhana bagi memenuhi jangkaan dan permintaan pengguna di seluruh dunia.

"Menerusi inovasi teknologi terkini paparan warna pada kamera, reka bentuk futuristik, serta genggaman selesa, Find X3 Pro mampu menjadi pilihan ramai melalui tarikan utama pada rekaan kamera serta fungsinya

"Ini kerana, siri Find X3 adalah siri unggul mewah dari OPPO yang menampilkan teknologi warna dan gambar terkini membantu menyelesaikan masalah warna paparan terdapat pada telefon pintar hari ini. 

"Inovasi ini dirancang bagi memberi manfaat kepada pengguna dan evolusi telefon pintar ini secara asasnya akan mengubah tabiat dan pengalaman pengguna, katanya. 

Siri OPPO Find X3 Pro menawarkan kualiti terbaik, prestasi tertinggi dengan memberikan lebih banyak kelebihan dan fungsi berbanding telefon pintar lain sebelum ini. 

Telefon pintar dengan inovasi pintar terkini

Image

Peranti Find X3 Pro kali ini telah meningkatkan keseluruhan prestasinya dari segi paparan, reka bentuk dan sistem kamera. 

Didatangkan dengan fungsi lima kamera depan dan belakang, dan antara rekaan unik pada peranti ini adalah kamera di bahagian belakang memuatkan kamera utama dan  kamera ultra lebar dengan 50 megapiksel.

Dilengkapi dengan 1 Billion kamera utama berganda, kedua sudut lebar menggunakan sensor Sony IMX 766, membolehkan pengguna untuk mengambil gambar potret seperti juru foto profesional pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Menariknya, peranti ini turut dilengkapi kamera telefoto 13 megapiksel, kamera telemikro 3 megapiksel serta kamera hadapannya 32 megapiksel.

Bukan itu sahaja, peranti Find X3 Pro juga dilengkapi dengan inovasi mikroskop membolehkan gambar di zoom sebanyak 60 kali.

Image

Sebagai telefon pintar pertama di dunia, dengan keupayaan menangkap dan memaparkan warna penuh hingga 1 Billion, Find X3 Pro mampu memberikan ketepatan warna yang tinggi serta tepat seperti dilihat dengan mata kasar. 

Kamera sudut lebar, ultra-lebar dan telefoto FindX3 Pro semuanya disokong oleh sistem pengurusan warna jalur penuh 10-bit, memastikan 1 Bilion warna ditangkap tanpa mengira keadaan cahaya. 

Image

Manakala dari segi prospek, Find X3 Pro diilhamkan dari reka bentuk futuristik dilakukan oleh perintis kejuruteraan. 

Sekeping kaca digabungkan dengan kamera dan panel belakang bagi mewujudkan ciptaan avant-garde dimana penutup belakang telefon pintar ini nampak ramping selain penampilan dan nuansa kaca premium kukuh bakal menambahkan kecantikan pada peranti ini.

Hadir dalam dua warna, hijau dan biru peranti ini masing-masing dijual pada harga RM4,299. 

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 888 peranti pintar itu turut disokong dengan simpanan dalaman 12GB dan storan 256GB yang menawarkan prestasi terbaik bagi kelancaran aplikasi dan sistem pada setiap masa.

Image

Beliau berkata, bagi terus menjadikan OPPO kekal sebagai jenama nombor satu, OPPO Malaysia komited dalam meningkatkan perkhidmatan selepas jualannya.

"OPPO sentiasa berusaha untuk membina keupayaan teknikal teras dan mengeluarkan produk berkualiti kepada pengguna membolehkan pengguna menikmati pengalaman komprehensif, berhubung dengan lancar, selamat serta inovatif melalui peranti keluaran syarikat ini," kata Gong pada majlis pelancaran Find X3 Pro di Kuala Lumpur. 

Pra-tempah Find X3 Pro, hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,935

Image

OPPO Find X3 Pro 5G dijual pada harga RM4, 299 manakala fon telinga pembatalan bunyi aktif premium pertama OPPO Enco X berharga RM699. 

Pra-pesan Find X3 Pro boleh dilakukan bermula pada 25 Mac 2021 dan berlangsung sehingga 8 April 2021. Pelanggan yang melakukan pra-pesan Find X3 Pro bakal menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,935!

Untuk maklumat lebih lanjut, pergi ke:

Laman web: https://www.oppo.com.my/products/Find-X3-Pro/256

Pembeli: https://shopee.com.my/product/12017474/9617602729/

Lazada: https://pdp.lazada.com.my/products/i1998208817.html

Laman Web Rasmi OPPO: www.oppo.com/my

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mac 2021 @ 1:58 PM