PFAM menyeru  seluruh rakyat Malaysia  mendoakan serta memberi sokongan moral  kepada Faisal dan Akhyar.
PFAM menyeru seluruh rakyat Malaysia mendoakan serta memberi sokongan moral kepada Faisal dan Akhyar.
Firdaus Hashim dan Syazwan Msar & Amirul Fazli Zulkafli


Shah Alam: Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menyatakan kebimbangan mengenai tahap keselamatan pemain bola sepak profesional di negara ini.

Menerusi satu kenyataan media oleh PFAM, dua insiden babitkan Akhyar Rashid dan Faisal Halim perlu ditangani sewajarnya oleh pihak berkuasa.

Ia penting dalam memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang di masa hadapan.

"Insiden yang membabitkan Akhyar Rashid dan Faisal Halim ini membuatkan keselamatan pemain terancam dan menimbulkan kegusaran terhadap pemain bola sepak profesional di Malaysia.

"PFAM berharap individu yang tidak bertanggungjawab ini dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal supaya kejadian sebegini tidak berlaku di masa hadapan.

"PFAM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan serta memberi sokongan moral yang utuh kepada kedua-dua pemain ini selain menghormati privasi keluarga kedua pemain ini agar mereka dapat kembali beraksi dengan lebih cemerlang di atas padang," kata PFAM.

Terdahulu, kecoh apabila pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid dipukul dan disamun oleh individu tidak dikenali di Kuala Terengganu, Khamis lalu dan semalam seorang lagi bintang bola sepak negara Faisal Halim menjadi mangsa disimbah asid oleh dua individu yang tidak dikenali.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mei 2024 @ 9:20 PM