Mohammad Asyraf Khalib

TIDAK lama lagi, tahun 2021 bakal melabuhkan tirainya. Kenangan pahit dan manis yang dilalui tahun ini pasti menjadi pembakar semangat untuk mengorak langkah di tahun baharu.

Bagi mengakhiri tahun 2021 dengan penuh meriah dan bermakna, HUAWEI membawakan kempen Better Together 2022 yang lebih hebat untuk rakyat Malaysia. 

Bermula 3 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022, orang ramai tidak boleh melepaskan peluang untuk mendapatkan HUAWEI Vision S dengan rebat segera RM500.

Selain itu, tidak kira telefon pintar, komputer riba atau jam tangan, Better Together 2022 pasti ada sesuatu yang menarik untuk anda. 

Berikut adalah lima peranti HUAWEI yang paling popular dan wajib dimiliki sempena perayaan akhir tahun ini. 

1. HUAWEI Vision S

Image

Apabila tiba musim perayaan, ramai tidak melepaskan peluang untuk menghubungi insan tersayang menerusi panggilan video. 

Walaupun tinggal berjauhan, dapat melihat wajah mereka menerusi paparan skrin sudah mampu mengubat kerinduan.

Namun, membuat panggilan video menggunakan telefon pintar mungkin tidak memuaskan.

Apatah lagi, saat berhubung dengan ahli keluarga yang ramai, anda pasti memerlukan paparan lebih luas.

HUAWEI Vision S bersedia menambah keseronokan di musim perayaan dengan kadar penyegaran tinggi serta pengalaman visual dan audio yang hebat.

Bermula sekarang hingga 2 Januari 2022, HUAWEI Vision S 5 inci ditawarkan pada harga RM2,999 beserta HUAWEI AX3 Dual Core secara percuma. 

Untuk pilihan lebih hebat, HUAWEI Vision S 65 inci pula boleh didapati pada harga RM3,999 beserta rebat segera bernilai RM500. 

2. HUAWEI nova 9

Image

Selain HUAWEI Vision S, sambutan perayaan akhir tahun ini pasti tidak sempurna tanpa telefon pintar yang canggih seperti HUAWEI nova 9. 

HUAWEI nova 9 menjadi peranti rebutan kerana ia antara peranti HUAWEI yang dilengkapi dengan sistem kamera flagship tetapi dijual pada harga mampu milik. 

Dengan kamera 50 megapiksel (MP) serta penuras warna RYYB, HUAWEI nova 9 membolehkan anda mengambil gambar kenangan bersama keluarga dengan kualiti terbaik.

Selain itu, fungsi kamera Dual View pada peranti ini juga menjadi nilai tambah yang mengagumkan apabila anda boleh merakam setiap detik terindah bersama keluarga tanpa had. 

Menarik sempena kempen HUAWEI Better Together 2022, setiap pembelian HUAWEI nova 9, pelanggan akan menerima HUAWEI FreeLace secara percuma. 

3. HUAWEI MateBook 14s

Image

Bagi anda yang tidak dapat pulang ke kampung atau terpaksa berjauhan dengan keluarga di musim perayaan, HUAWEI MateBook 14s sesuai dijadikan teman setia. 

Komputer riba serba baharu ini dilengkapi paparan 2.5K HUAWEI FullView dengan kadar penyegaran sehingga 90Hz, membolehkan anda menonton filem kegemaran atau bermain permainan dengan pengalaman visual terbaik. 

Lebih menarik, HUAWEI MateBook 14s dikuasakan pemproses Intel H-Series yang berupaya membantu anda menyempurnakan tugasan atau kerja berat sepanjang hari tanpa sebarang masalah. 

HUAWEI MateBook 14s juga komputer riba pertama menyokong aplikasi telefon pintar menerusi HUAWEI Mobile App Engine. 

Ciri ini membolehkan anda menggunakan aplikasi telefon pintar atau bermain permainan mudah alih dengan mudah menggunakan komputer riba sahaja. 

Sempena HUAWEI Better Together 2022, HUAWEI MateBook 14s boleh didapati pada harga RM4,999 lengkap dengan hadiah percuma bernilai RM1,366.

Hadiah itu termasuk HUAWEI FreeBuds Pro (pada tempoh tertentu), satu tahun langganan Office 365, beg komputer riba HUAWEI dan HUAWEI Bluetooth Mouse.

4. HUAWEI MatePad 11

Image

Jika anda perlukan tablet yang mampu menawarkan pengalaman visual lancar dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz, sistem bunyi terbaik dengan pembesar suara quad dan fungsi sambungan ke komputer riba untuk menggunakan dua skrin, HUAWEI MatePad 11 adalah pilihan ideal. 

Lebih menarik, setiap kali selesai mengambil gambar menggunakan HUAWEI nova 9, anda boleh memindahkan semua gambar menggunakan HUAWEI Share dan boleh membuat suntingan terus di HUAWEI MatePad 11 dengan bantuan HUAWEI M-Pencil Second Generation.

Sempena HUAWEI Better Together 2022, anda boleh membawa pulang peranti ini pada harga RM1,999 dengan pelbagai hadiah percuma seperti papan kekunci magnet pintar dan HUAWEI M-Pencil Second Generation bernilai RM998.

5. HUAWEI Watch GT 3

Image

Dengan HUAWEI Watch GT 3 pula, anda tidak perlu bimbang mengenai isu berat badan berlebihan akibat terlebih makan di musim perayaan kerana jam tangan pintar ini bersedia mengingatkan anda untuk kekal aktif.

Tidak cukup dengan itu, HUAWEI GT 3 turut menyokong fungsi panggilan Bluetooth dan notifikasi mesej, membolehkan anda menjawab panggilan telefon atau membaca mesej dengan mudah di jam tangan. 

Lebih menarik, jam tangan pintar ini turut disertakan lebih 100 mod aktiviti kecergasan seperti senaman atau bersukan, pengurusan kesihatan yang dipertingkatkan dan jangka hayat baterinya pula mampu bertahan sehingga 14 hari.

Harga ditawarkan untuk HUAWEI Watch GT 3 bermula RM999 sahaja. 

Promosi akhir tahun HUAWEI

Image

Selain peranti HUAWEI yang dikongsikan di atas, terdapat banyak lagi produk HUAWEI yang ditawarkan dengan promosi menarik sepanjang akhir tahun ini. 

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk ganjarkan diri atau insan tersayang dengan peranti baharu HUAWEI di musim perayaan.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan lebih banyak hadiah menarik, rebat tunai segera dan rebat HUAWEI Care untuk HUAWEI Cloud dalam bentuk Baucar Lazada sehingga 40 peratus dan 100 peratus apabila berbelanja di HUAWEI Experience Store berhampiran. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi HUAWEI Better Together 2022, kunjungi HUAWEI Experience Store berhampiran atau layari HUAWEI Store Online sekarang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Disember 2021 @ 1:43 PM