OPPO Reno4 Pro hadir dengan kamera swafoto 32MP (f/2.4) rekaan berlubang dipenjuru kiri, manakala kamera utama pula digalas oleh sistem kuad kamera berdefinisi tinggi 48MP - Foto OPPO & ZingGadget
OPPO Reno4 Pro hadir dengan kamera swafoto 32MP (f/2.4) rekaan berlubang dipenjuru kiri, manakala kamera utama pula digalas oleh sistem kuad kamera berdefinisi tinggi 48MP - Foto OPPO & ZingGadget
Mohammad Asyraf Khalib

MEMILIKI telefon pintar yang serba canggih bukan lagi menjadi simbol kemewahan semata-mata, sebaliknya ia adalah sebahagian keperluan.

Sejajar dengan perkembangan teknologi dan evolusi dalam dunia fotografi, kemunculan telefon pintar dengan ciri kamera terbaik mula menjadi rebutan. 

Selain itu, prestasi telefon pintar dengan sistem operasi yang seimbang juga perlu diambil kira bagi menjamin pengalaman penggunaan lebih lancar.

Menepati citarasa pengguna, peranti terbaharu OPPO Reno4 Pro (8GB RAM + 256GB ROM) menjadi telefon pintar paling ideal kerana ia sarat dengan teknologi canggih dan berupaya memberi kepuasan kepada pemiliknya, seperti teknologi 65W Pengecasan Pantas SuperVOOC 2.0 pada OPPO Reno4 Pro biasanya terdapat pada telefon pintar flagship sahaja.

Hasil video memukau

Siri OPPO Reno4 Pro dilengkapi dengan pelbagai ciri baharu untuk fungsi videografi seperti 'Artificial Intelligence (AI) Color Portrait Mode' yang membolehkan latar belakang sesuatu rakaman menjadi hitam dan putih, manakala subjek dalam video kekal dengan warna sebenar. 

Hasil warna yang sangat jelas dan memukau menjadikan ia terlihat seperti sebuah karya seni yang bakal menjadi ikutan dalam kalangan generasi muda.

Selain itu, OPPO Reno4 Pro turut disertakan fungsi Video Monokrom, gabungan dari tiga jenis 'filter' video yang menghasilkan efek menyerupai filem layar lebar.

Ia mengekalkan warna merah, hijau, atau biru pada objek di dalam video, sementara persekitaran sekeliling yang lain dalam video bertukar hitam dan putih. 

Ciri ini juga dilengkapi fungsi 'real-time preview' yang membolehkan pengguna memeriksa hasil rakaman terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk mengambil gambar.

Lebih menarik lagi, peranti ini juga dimuatkan dengan fungsi '960fps Smart Slow Motion' untuk merakam video 960 bingkai sesaat. Ciri ini membolehkan anda menghasilkan rakaman gerak perlahan dengan hasil yang sangat jelas dan teliti walaupun untuk video aksi atau percikan air.

Rakaman lebih sempurna

Hasil rakaman video pasti lebih sempurna kerana kamera hadapan dan kamera belakang OPPO Reno4 Pro dilengkapi fungsi Video Ultra Steady 3.0 yang membolehkan pengguna merakam video saat berjalan, berlari, atau berbasikal dengan stabil.

Teknologi Ultra Steady Video 3.0 ini menggunakan algoritma giroskop, pemotongan serta penstabilan untuk mendapatkan rakaman seperti kualiti gimbal. 

Menerusi ciri ini, peranti OPPO Reno4 Pro berupaya untuk mengenalpasti babak tertentu dan menyesuaikan parameter bagi menghasilkan video yang lebih berkualiti.

Tidak cukup dengan itu, kamera belakang peranti ini turut disertakan fungsi Ultra Steady Video Pro yang membolehkan lebih banyak visual dapat dirakam dalam bingkai menggunakan lensa sudut lebar.

Foto menakjubkan

Siri OPPO Reno4 hadir dengan kamera swafoto 32MP (f/2.4) rekaan berlubang dipenjuru kiri, manakala kamera utama pula digalas oleh sistem kuad kamera berdefinisi tinggi 48MP (f/1.7), 8MP (f/2.2) ultra lebar, 2MP (f/2.4) makro dan 2MP (f/2.4) mono yang mampu menghasilkan gambar berkualiti 108MP.

Image

Menariknya, model ini turut dilengkapi teknologi kamera AI dengan mod Potret Warna AI yang membolehkan anda bermain dengan warna-warna pilihan untuk subjek dan mengubah warna latar sekeliling bertukar mono, membuatkan subjek terlihat lebih menonjol dan menyerlah di hasil akhir gambar.

Selain teknologi AI, OPPO Reno4 turut disertakan fungsi Potret Suar Malam  bagi menghasilkan efek neon yang artistik pada bahagian latar belakang objek. 

Efek ini akan kelihatan lebih jelas jika gambar diambil di lokasi yang mempunyai cahaya lampu sepeti di kawasan bandar, membuat objek dalam gambar tampak lebih cerah.

ImageSebelum (kiri) dan selepas (kanan) menggunakan Mod Potret Warna AI.

Pengecasan pantas

Image

Jika anda pengguna tegar telefon pintar, anda tidak perlu risau kerana OPPO Reno4 Pro dilengkapi bateri berkapasiti 4,000mAh yang pastinya cukup untuk penggunaan sepanjang hari. 

Ia juga disertakan sokongan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0 Flash Charge yang berupaya mengecas penuh dalam hanya 36 minit.

Bagi menjamin ia dicas dengan selamat, teknologi 65W SuperVOOC 2.0 menawarkan Lima Lapisan Perlindungan serta lulus Pensijilan Sistem Pengecasan Pantas Selamat oleh TÜV Rheinland.

Prestasi terbaik

Selain kamera, prestasi telefon pintar ini juga sangat mengagumkan kerana  dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 720G dengan 8GB RAM, dan storan dalaman 256GB, sementara Reno4 hadir dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. yang menjanjikan pengalaman penggunaan terbaik kepada pengguna.

Image

Model ini turut menawarkan spesifikasi paling tinggi dalam siri Reno dengan paparan OLED berukuran 6.55 inci dan kadar segar semula 90Hz yang memberikan paparan warna skrin lebih jelas dan terang.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri yang sangat diperlukan oleh pemain permainan video tegar iaitu kadar persampelan 180Hz yang memberi kelancaran serta tindak balas segera terhadap sentuhan.

OPPO Reno4 dimuatkan dengan sistem operasi terbaharu ColorOS 7.2 dengan 'Super Night Video Mode' yang berupaya meningkatkan paparan video sehingga 74 peratus pada waktu malam atau dalam keadaan cahaya rendah.

ColorOS 7.2 turut menawarkan aplikasi Soloop yang membolehkan anda menyunting video untuk pelbagai platform perkongsian video dengan menambah 'filter', muzik dan menggabungkan gambar serta video.

Bagi pemain permainan mudah alih tegar, ColorOS 7.2 menawarkan aplikasi Hyper Boost iaitu teknologi pecutan mudah alih baharu yang memperbaiki sistem telefon pintar anda ketika bermain PUBG Mobile, Arena of Valor dan sebagainya sehingga 31.9 peratus.

Ia turut menerima ciri 'Movie Mode' dengan nisbah aspek 21:9, 10 'filter' warna berserta pilihan untuk menyesuaikan 'exposure' atau kelajuan pengatup rakaman asal bagi menghasilkan rakaman seperti filem.

Selain itu, ColorOS 7.2 juga menawarkan ciri 'Intelligent Battery Saver' yang akan menyesuaikan tabiat pengguna dan meletakkan aplikasi tertentu untuk 'sleep' supaya penggunaan bateri telefon pintar anda pada waktu malam dapat ditingkatkan sehingga 10 peratus.

Ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja

OPPO Reno4 hadir dengan rekaan skrin lengkung 3D yang membuatkan cengkaman tangan lebih selesa sewaktu mengendalikan peranti ini. Malah peranti ini juga mudah disimpan di dalam poket kerana ia direka ringan dan nipis dengan berat hanya 161 gram bersamaan dengan tiga keping roti dan mempunyai ketebalan 7.7mm sahaja.

OPPO Reno4 Pro (8GB RAM + 256GB ROM) kini tersedia di pasaran pada harga RM2399 dengan dua warna berbeza iaitu, Starry Night dan Silky White, manakala Reno4 (8GB RAM + 128GB ROM) dijual pada harga RM1699 dan boleh didapati dalam warna Galactic Blue dan Space Black.

Tawaran hebat

Eksklusif untuk Reno4 Pro, ahli MY OPPO App akan mendapat baucar diskaun RM100 KLOOK untuk penebusan 2,000 pertama pada siri Reno4 Pro. 

Setelah membuat penebusan, 3 ahli bertuah berpeluang untuk memenangi Percutian 3H2M di Taaras Beach & Spa Resort dengan Pengalaman Penerbangan ATR. 

Selain itu, 10 ahli bertuah sebagai naib juara juga akan menikmati Penginapan Hotel (1 malam) untuk 2 orang serta tiket kemasukan ke Taman Tema Sunway Lagoon.

Bagi pengguna Siri Reno4 Pro, anda berpeluang menikmati 120GB OPPO Cloud Storage percuma untuk 2,000 terawal selama 6 bulan yang boleh ditebus pada Aplikasi My OPPO.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2020 @ 9:02 AM