Digelar “telefon pintar yang terlalu hebat untuk dipercayai”, HONOR Magic4 Pro adalah contoh terbaik HONOR dalam menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna. - FOTO HONOR
Digelar “telefon pintar yang terlalu hebat untuk dipercayai”, HONOR Magic4 Pro adalah contoh terbaik HONOR dalam menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna. - FOTO HONOR
Nur Amirah Abd Rani

JENAMA terkemuka HONOR sememangnya terkenal sebagai pengeluar siri telefon pintar hebat yang menjadi pilihan utama ramai pengguna. 

Selepas berpisah dengan HUAWEI, HONOR cenderung menjadi jenama teknologi ikonik global dengan menyediakan pilihan terbaik kepada pengguna yang ingin memiliki telefon pintar dilengkapi Perkhidmatan Mudah Alih Google (GMS). 

Seiring dengan matlamat itu, HONOR bakal melancarkan telefon pintar mercu yang dinantikan ramai iaitu HONOR Magic4 Pro pada 1 Jun 2022. 

1. Telefon pintar penyelesai masalah

Digelar sebagai 'telefon pintar yang terlalu hebat untuk dipercayai', HONOR Magic4 Pro merupakan contoh terbaik dalam menyelesaikan masalah peranti yang sering dihadapi oleh pengguna. 

Sebagai peneraju bebas pertama, HONOR dilengkapi dengan teknologi inovatif serba lengkap. 

HONOR Magic4 Pro merupakan telefon pertama di dunia dilengkapi dengan paparan 1920Hz PWM Dimming LTPO yang menawarkan penggunaan bateri minimum serta melindungi mata pengguna. 

Selain itu, telefon pintar ini juga dilengkapi dengan kamera Fotografi Ultra Fusion yang menawarkan videografi sinematik. 

Lebih menarik, telefon ini turut dilengkapi dengan pengecasan tanpa wayar 100W yang pertama dalam industri peranti pintar berprestasi mercu. 

2. Peranti pelbagai fungsi privasi

Image

Lebih mengujakan, HONOR Magic4 Pro turut didatangkan dengan GMS bagi memudahkan pengguna di Malaysia.

Reka bentuk simetri yang estetik pada HONOR Magic4 Pro serta reka bentuk ikonik Eye of Muse bakal membuatkan pengguna jatuh cinta pada pandangan pertama. 

Bukan sahaja mempunyai penampilan yang luar biasa, HONOR Magic4 Pro juga dilengkapi dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 5G generasi baharu, kuasa cip, pemprosesan imej, dengan prestasi AI yang dinaik taraf. 

HONOR Magic4 Pro turut membawakan pengguna fungsi privasi melalui perisian dan perkakasan termasuk AI Privacy Call yang menyelesaikan masalah kebocoran maklumat sensitif ketika panggilan telefon. 

ImageHONOR Magic4 Pro turut memenangi beberapa anugerah di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2022 kerana teknologinya yang inovatif.

Jangan lepaskan peluang menonton siaran langsung pelancaran HONOR Magic4 Pro pada 3 petang, 1 Jun ini di Facebook rasmi HONOR Malaysia atau di ASTRO GEMPAK dan ERA FM.

Untuk maklumat terkini mengenai HONOR Magic4 Pro, layari https://www.hihonor.com/my/phones/honor-magic4-pro/.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mei 2022 @ 6:32 PM