ASUS Zenfone 5.
ASUS Zenfone 5.
Afiq Hanif

Adakah telefon pintar itu menjadi lebih pintar? Bolehkah ia menjadi jurugambar peribadi anda, menyesuaikan kamera yang memastikan setiap foto dirakam sempurna?

Mampukah ia menjadi setiausaha anda, memastikan sumbernya seperti kuasa pemprosesan, paparan dan bateri beoperasi pada prestasi optimum apabila anda perlukannya? Ringkasnya, ia boleh berfikir seperti manusia,secara automatik membuat keputusan demi kepentingan anda.

Dengan ASUS Zenfone 5 yang baru, jawapannya adalah ya!

Beroperasi pada cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 636, Zenfone 5 memanfaatkan kuasa keupayaan AI dalam pemprosesan untuk melaksanakan tugas mikro yang terbabit dalam pengkomputeran AI.

Hasilnya, transformasi cara gambar dirakam bersama optimum yang menambah lagi

tugas yang kita lakukan sekarang dengan lebih baik.

Kita lihat ciri fotografi dalam Zenfone 5 menyaksikan terdapat tiga kamera di belakang yang mana satunya mempunyai sudut lebar 120 darjah bersama apertur f2.2 pada resolusi 8 megaiksel untuk tujuan rakaman landskap.

Manakala satu lagi kamera beresolusi 12 megapiksel (sensor Sony IMX363) bersama apertur f1.8 lebih sensitif kepada pencahayaan.

Satu lagi, ia digelar Color Corrction Sensor dengan flash LED di bawah dua kamera tadi.

Kamera utamanya sesuai untuk potret dan fokus pada subjek yang terpinggir dalam sebuah gambar.

Lebih menarik, rakaman pada pencahayaan rendah juga lebih baik manakala kamera sudut lebar pula memudahkan landskap luas yang biasa kita rakamkan untuk memuatkan lebih banyak latar belakang.

Bagi kamera depan pula, resolusi 8 megapiksel dengan apertur f2.0 cukup untuk berswafoto.

Pentingnya AI dalam rakaman ini apabila ia mengesan sesuatu imej dirakam dengan data ada dalam fon sendiri merangkumi senario seperti manusia, makanan, anjing, kucing, terbenam matahari, langit, padang yang hijau, laut, bunga, tumbuhan, salji, pandangan malam, pentas, teks, kod QR dan tripod.

Ia beroperasi secara automatik dengan pusat data pada pengesan subjek yang dimasukkan dalam kemas kini firmware Zenfone 5.

Tabiat kita merakamkan gambar juga menyumbang kepada pengesan senario yang menentukan pilihan kesesuaian gambar untuk anda.

Pada rekaan yang mempunyai notch di depan, wajah pengguna digunakan sebagai buka kunci atau butang aktif untuk Zenfone 5.

Zenfone 5 berkongsi saiz sama dengan model lain sebelum ini iaitu Zenfone 3 dan Zenfone 5 namun paparan tersedia lebih besar iaitu 6.2 inci pada body 5.5 inci.

Model fon ini beroperasi pada ZenUI 5.0 dan menariknya mengenai ciri terbabit apabila ia membenarkan Twin Apps yang mana anda boleh mempunyai dua akaun media sosial berbeza yang beroperasi aktif serentak.

Antara aplkikasi yang boleh dipasang serentak, tapi dengan dua akaun berbeza termasuk WhatsApp, Google, Facebook, Instagram, WeChat dan YouTube.

ASUS ZENFONE 5

• HARGA: RM1,299 (4GB + 64GB)

• PENGELUAR: ASUS

• CIRI: Telefon flagship

• PRO: Kamera cemerlang, harga ok

• KONTRA: Kurang aksesori

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Jun 2018 @ 7:05 AM