Afiq Hanif

Minggu ini, IT@Metro bawakan sebuah telefon yang mempunyai bateri 5000mAh, ASUS Zenfone Max Pro (M1).

Pada segmen pertengahan, Zenfone Max Pro dengan Snapdragon 636 sangat hebat untuk permainan namun sayang, kemampuan kamera pada ‘low light’ kurang baik.

Mengambil tema ‘Permainan tanpa batas’, ASUS membawa Zenfone Max Pro (M1) ke Malaysia bermodalkan set cip, skrin penuh FullView 5.99 inci HD+ dan nisbah aspek 18:9 di samping bateri berkapasiti 5000mAh yang tahan lama.

Ya, Zenfone Max Pro ini boleh dikira telefon khusus untuk game. Dicipta untuk memenuhi keperluan ‘gamer mobile’ yang menawarkan pengalaman bermain permainan lebih optimum.

Pada model ini, ASUS masih mempertahankan reka bentuk konservatif pada Zenfone iaitu bezel penuh bukan ‘notch’.

Bahagian skrin mempunyai nisbah 18:9 yang sangat standard untuk fon pada zaman moden sekarang, lengkap dengan gelas lengkung 2.5D yang agak melengkung tepi.

Badan Zenfone Max Pro tersusun atas bahan aluminium logam dengan dimensi 159 x 76 x 8.5mm dan berat 180 gram.

Jujurnya, badannya yang agak tebal itu sudah pasti terkesan dengan bateri 5000mAh yang tertanam di dalam.

Skrin yang luas ini sudah pasti menghasilkan pemandangan game yang menguntungkan terutama jika permainan yang dimainkan MOBA, Battle Royale atau PUBG yang memerlukan skrin besar dan lebar.

Lagipun, bermain game memang selesa pada mata kerana penampilan FullViewnya juga menyala sangat terang hingga 450nits.

Dukungan nisbah kontras 1500:1 memberikan sudut pandang yang lebih jelas ke arah skrin.

Pada antaramukanya, ASUS sememangnya perlu mengorbankan antaramuka ZenUI yang mewah filter.

Sebaliknya, Zenfone Max Pro (M1) menggunakan versi Android tulen 8.1 Oreo dengan patch pada bulan April 2018.

Hasilnya, ia memperlihatkan reka bentuk yang benar-benar bersih dan kurang bloatware.

Sisi positifnya, antaramuka bersih ini menghasilkan operasi fon yang ringan jadi prestasinya sangat lancar secara konsisten.

Penguji berharap akan lebih banyak lagi kemaskini baru dibawa Android dalam masa terdekat.

Satu-satunya yang bikin kecewa pada Zenfone Max Pro versi RAM 3GB ini adalah kamera.

Penguji difahamkan Zenfone Max Pro (M1) RAM 6GB dibekalkan kamera 16 megapiksel dan 5 megapiksel serta kamera depan 16 megapiksel.

Sementara itu, varian RAM 3GB dan 4GB hanya menggunakan kamera 13 megapiksel (f/2.2) dan 5 megapiksel (f/2.4) untuk menghasilkan ‘depth of field’ dan kamera depan 8 megapiksel (f/2.2). Bagaimana kualitinya?

ASUS tidak lagi bergantung pada kamera Pixel Master tetapi menggunakan kamera Snapdragon.

Ciri kamera yang ada, memilih kesan dan mod burst, HDR, potret, landskap, olahraga, bunga, lampu latar, cahaya lilin, matahari terbenam, malam, pantai dan salji.

Dua ciri yang penguji berpendapat baik pada mod potret untuk mengambil gambar dengan bokeh yang berkesan, fokus subjek yang terperinci dan latar belakang menjadi kabur sehingga menjadikan subjek menjadi jelas sebagai fokus utama.

Kemudian, keindahan mod dilengkapi dengan ciri ‘beuatifikasi’ langsung yang secara pantas mencantikkan foto anda.

Hasil bidikannya? Dalam keadaan luar dengan cahaya ideal, pendedahan dan warnanya kelihatan bagus, mod HDR juga mampu meningkatkan dinamik sehingga dapat menangkap detail lebih baik.

Sayangnya, kualiti gambar turun mendadak di bawah cahaya yang kurang, warna agak pucat dan kehilangan detail yang cukup signifikan manakala autofocus pula semakin lambat.

Kalau untuk rakaman video, Zenfone Max Pro (M1) mampu merekam dalam format 4K.

Uniknya kita boleh menyingkirkan audio, sesuai untuk mengambil video ‘footage’ misalnya.

Jadi, apakah berbaloi memiliki ASUS Zenfone Max Pro (M1)? Boleh dikatakan, ia sangat jelas Zenfone Max Pro wujud untuk melawan Xiaomi Redmi Note 5.

Mereka sama-sama menawarkan spesifikasi tinggi dengan harga kompetitif.

ASUS ZENFONE MAX PRO (M1)

• HARGA: RM699

• PENGELUAR: ASUS

• CIRI: Fon asli Android

• PRO: Bateri berkapasiti tinggi

• KONTRA: Kamera pada pencahayaan rendah kurang memuaskan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Julai 2018 @ 12:59 PM