ANTARA personaliti media sosial yang mengambil bahagian.
ANTARA personaliti media sosial yang mengambil bahagian.
Intan Mas Ayu Shahimi

Rambut adalah mahkota kebanggaan setiap wanita. Ia bukan sekadar lambang kepada perwatakan dan personaliti, tapi boleh menjadi kunci kepada utuhnya keyakinan diri.

Sebab itu, dalam soal penjagaan rambut dan kesihatan kulit kepala, ramai wanita bersikap cerewet untuk mendapatkan hasil memuaskan. Mereka sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan rawatan di salun, tidak kurang juga ada yang menghabiskan bajet bulanan bagi mendapatkan produk penjagaan rambut terbaik, jenama antarabangsa.

Perlu diketahui sebenarnya penjagaan rambut orang Asia tidak sama dengan negara di benua lain. Tambahan di Malaysia, kebanyakan wanita terdedah kepada persekitaran panas dan lembap sepanjang tahun.

Rambut wanita Asia juga dikatakan lebih tebal. Bagi sesetengah individu, mereka mungkin memiliki rambut kerinting yang sukar diurus. Begitupun, dengan pilihan syampu dan perapi bersesuaian, rambut orang Asia tampak lebih menonjol, cantik dan mudah diurus.

Jenama penjagaan rambut bebas silikon terkemuka Jepun, Moist Diane baru-baru ini memperkenalkan gabungan keajaiban alam semula jadi dengan kuasa Sains yang menghasilkan siri baru syampu dan perapi kecantikan rambut berasaskan minyak argan.

Sejak pelancaran siri syampu dan perapi rambut istimewa itu di Jepun September lalu, Moist Diane dikatakan mencipta rekod membanggakan apabila lebih satu juta botol terjual dalam tempoh 10 hari!

Ketika kempen pengenalan kepada media Jumaat lalu, jenama itu menampilkan enam jenis syampu bersama pasangan perapi berbeza. Semua siri produk baru itu diperkayakan dengan minyak argan organik dari Maghribi, khusus untuk memenuhi keperluan rambut setiap wanita.

PELANCARAN Moist Diane.
PELANCARAN Moist Diane.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, pihaknya berbangga dapat menawarkan pilihan syampu dan perapi terlaris serta berkualiti dari Jepun untuk kepuasan setiap pelanggannya.

"Di Watsons, kita sentiasa memberi perhatian kepada kehendak, keperluan dan masalah yang dihadapi pelanggan. Lebih dari itu, kita juga komited untuk menawarkan produk penjagaan dan rawatan yang betul serta terbaik buat mereka dari semasa ke semasa.

"Dengan pertambahan jenama produk penjagaan rambut di pasaran hari ini, kita mahu pelanggan dapat membezakan jenis penjagaan rambut bersesuaian yang dapat memenuhi keperluan khusus mereka.

"Setiap siri syampu dan perapi Moist Diane mempunyai kekuatan serta fungsi untuk menangani setiap masalah dihadapi wanita Asia. Mereka terdedah kepada masalah kulit kepala berminyak, kusam, kelemumur dan rambut rosak.

"Justeru, dengan perawatan tepat, wanita akan tampil lebih anggun, penuh karisma dan yakin dalam setiap perkara yang dilakukan," katanya.

Majlis sama turut meraikan personaliti media sosial yang terpilih sebagai pemenang pencarian 'She Is Diane'. Antara tetamu yang hadir, termasuk Presiden Mandom, Dexter Lee; Pengarah Eksekutif Kanan Mandom, Shinichi Takata dan Pengarah Urusan Naturelab, Keigo Hishiya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Julai 2018 @ 1:11 PM