CARYN (tiga dari kiri) pada pelancaran syampu Diane Bonheur.
CARYN (tiga dari kiri) pada pelancaran syampu Diane Bonheur.
Yusliza Yakimir Abd Talib


RAMBUT cantik bersinar biasanya sering meninggalkan tanggapan baik, oleh itu penjagaan rambut yang betul amat penting. Dengan syampu Diane Bonheur anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada rambut kering, keriting dan rosak.

Dirumuskan dengan lebih daripada 98 peratus ramuan organik untuk pengalaman unik ‘ladang-ke-rambut’, jenama ini bekerjasama dengan petani yang dipercayai di seluruh dunia, memilih segala-galanya, dari tanah dan benih ke sumber pengeluaran secara berhati-hati menghasilkan nutrisi terbaik untuk rambut.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, syampu penjagaan rambut baharu dalam varian Grasse Rose dan Orange Flower yang tersedia di rangkaian kedai dan secara dalam talian Watsons adalah sebahagian inspirasi kepada pelanggan untuk berbuat baik dan berasa hebat.

RAMUAN organik untuk rambut berseri dan kuat.
RAMUAN organik untuk rambut berseri dan kuat.

Sama ada di tempat kerja, pasaran, alam sekitar atau komuniti keseluruhan katanya, Watsons sentiasa berinovasi untuk mencari penyelesaian yang lebih baik untuk mengoptimumkan proses bagi memastikan bahawa mereka memberikan yang terbaik untuk pelanggan.

“Sama seperti Diane Bonheur, yang sentiasa komited kepada falsafah ‘dari ladang ke rambut’ dalam mewujudkan hubungan harmoni antara tanah ladang, pengeluar, alam dan pelanggan.

“Syampu ini dilahirkan untuk kebahagiaan dan setiap langkah bermula daripada proses pengeluaran, bahan dan pengangkutan hingga pengguna akhir, ia biasanya bermatlamat membuat semua pihak sama ada manusia dan alam merasa bahagia,” katanya pada majlis pelancaran syampu itu di ibu negara baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Disember 2019 @ 4:45 AM