MENGAMBIL gambar groufie lebih ­menyeronokkan.
MENGAMBIL gambar groufie lebih ­menyeronokkan.
Oleh Basyar Mustapha

Mengambil gambar diri sendiri atau selfie untuk dikongsi bersama rakan memang seronok tetapi mengambil gambar bersama-sama atau groufie pasti lebih menyeronokkan.

Jenama syampu anti kelemumur Heads&Shoulders baru-baru ini melancarkan #MyLargestGroufie, satu kempen untuk menggalakkan rakyat Malaysia merapatkan hubungan dan bebas daripada kelemumur lantas bertambah yakin untuk bergambar bersama rakan-rakan.

Duta Heads&Shoulders yang juga pelakon Lisa Surihani dan hos televisyen Soo Kui Jien melancarkan kempen #MyLargestGroufie bersama hadirin dengan merakamkan satu gambar groufie. Lisa dan Jien turut berkongsi pengalaman cara untuk mendapatkan rambut sihat, cantik dan bebas kelemumur.

Satu kajian dilakukan sendiri Heads&Shoulders di Asia mendapati groufie kini semakin hebat dan menjadi trend di media sosial.

Sekurang-kurangnya 80 peratus responden berkata, mereka kelihatan lebih gembira menerusi groufie manakala 81 peratus melakukan aktiviti berkumpulan menjadikan mereka gembira.

Sebanyak 85 peratus daripada mereka menikmati dan menghargai perhubungan fizikal dengan rakan-rakan manakala 94 peratus berkata, hubu­ngan rapat dengan insan tersayang membuatkan mereka lebih gembira.

Namun kajian ini juga mendapati antara faktor utama mereka sukar atau tidak yakin bergambar groufie ialah kelemumur. Malah fakta menunjukkan seorang daripada dua orang mengalami masalah kelemumur, me­nyebabkan ramai yang kurang keyakinan.

Sebanyak 65 peratus responden berkata, masalah kelemumur mereka mengganggu keyakinan dan membuatkan mereka kurang cenderung untuk mengambil

gambar groufie.

Empat daripada 10 orang yang mengalami masalah kelemumur tidak berasa yakin untuk berada rapat dengan orang lain dalam situasi sosial dan percaya mereka yang tidak mengalami kelemumur lebih gembira.

Kepingan putih, bau, kulit kepala gatal dan beberapa tanda lain kelemumur cukup untuk membuatkan mereka yang mengalami masalah kelemumur berasa tidak yakin untuk berada rapat dengan orang lain.

Bak kata bijak pandai, setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Heads&Shoulders boleh menjadi salah satu penyelesaian. Teknologi jenama ini bukan sekadar menghilangkan kelemumur pada basuhan pertama, namun ia kekal lebih lama.

Kelemumur yang berulang boleh berlaku akibat pertambahan sebum sepanjang hari, seterusnya menghasilkan kulat yang mengakibatkan kelemumur dipanggil malessezia memperoleh lebih makanan dan menghasilkan kelemumur.

Teknologi Bio-activate Heads&Shoulders memecahkan kitaran kelemumur dengan mengaktifkan ZPT, satu bahan antikelemumur yang berkesan menangani masalah daripada basuhan pertama sehingga ke penghujung hari. Ini bermakna perlindungan yang lebih lama terhadap kelemumur dan tandanya.

Jenama ini juga kini mengadakan peraduan dalam talian sepanjang Oktober yang membolehkan rakyat Malaysia memuat naik groufie mereka ke laman Facebook dan Instagram Heads&Shoulders menggunakan hashtag #MyLargestGroufie untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dengan lima pemenang dipilih setiap minggu.

Turut diadakan pe­nganjuran pertandi­ngan dipanggil University Challenge dan kru groufie akan mengunjungi Universiti Taylor Kampus Lakeside, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dan Universiti Putra Malaysia untuk menyebarkan trend groufie.

Pelajar berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk kamera polaroid dan baucar hadiah Starbucks untuk groufie terbesar dan paling kreatif.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 5:02 AM