FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Rom: Kerajaan Itali pada Khamis menjadikan 'pas hijau' sebagai syarat mandatori kepada semua pekerja sektor awam dan swasta di negara itu.

Menurut Xinhua, pas itu bagi menunjukkan bukti sama ada individu menerima satu dos vaksin atau sudah divaksin lengkap, pulih daripada jangkitan virus itu, atau keputusan negatif ujian saringan Covid-19 dalam tempoh 48 jam.

Arahan itu berkuat kuasa pada 15 Oktober ini.

Sebelum ini, hanya petugas kesihatan dan guru sekolah di negara itu perlu memiliki pas berkenaan.

Namun, sijil itu sudah dijadikan syarat untuk pengguna pengangkutan awam termasuk kapal terbang, kereta api dan feri untuk perjalanan jauh, sejak pertengahan musim panas lalu.

Ia juga diperlukan untuk makan dan minum di bar dan restoran di samping bagi memasuki tempat awam seperti perpustakaan dan kemudahan rekreasi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 September 2021 @ 10:39 AM