ORANG ramai menikmati makan tengah hari di restoran berhampiran Pantheon, Rom. FOTO EPA
ORANG ramai menikmati makan tengah hari di restoran berhampiran Pantheon, Rom. FOTO EPA
BERNAMA

Rom: Lebih 11.87 juta warga Itali sudah menerima vaksin penuh Covid-19, menurut data Kementerian Kesihatan negara itu, pada Isnin.

Negara yang mempunyai 59 juta penduduk itu sudah memberikan 10 juta suntikan kepada warganya minggu lalu.

Setakat ini, 34.5 juta suntikan sudah diberikan dengan kes Covid-19 sudah menunjukkan penurunan menurut pihak berkuasa kesihatan.

Pada Ahad, negara itu merekodkan kadar kematian terendah sejak 14 Oktober lalu.

Bilangan pesakit yang menerima rawatan di unit rawatan rapi juga sudah menunjukkan penurunan.

Pihak berkuasa berkata penurunan itu sebagai kejayaan disebabkan kejayaan vaksinasi yang meningkat bulan ini.

Bermula Isnin, beberapa negeri antaranya Sardinia, Molise dan Friuli-Venezia Giulia sudah dikategorikan sebagai zon putih.

Arahan sekatan pergerakan juga sudah ditarik semula namun pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan sanitasi bangunan tetap dilaksanakan.

Itali memulakan vaksinasi pada 27 Disember tahun lalu dengan meramalkan 80 peratus penduduknya akan divaksin penghujung September ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Mei 2021 @ 3:18 PM