Anggota penguatkuasa memeriksa kod QR penumpang bas bagi memastikan mereka sudah mendapatkan vaksin Covid-19 di hentian bas di Genoa, Itali. - FOTO EPA
Anggota penguatkuasa memeriksa kod QR penumpang bas bagi memastikan mereka sudah mendapatkan vaksin Covid-19 di hentian bas di Genoa, Itali. - FOTO EPA
AFP

Rom: Individu di Itali yang belum mendapatkan vaksin Covid-19 tidak lagi dibenarkan mengunjungi panggung teater, wayang, venue persembahan muzik secara langsung dan acara sukan utama di bawah peraturan baharu yang bermula hari ini.

Peraturan itu bagaimanapun tidak terpakai terhadap mereka yang baru sembuh dari Covid-19.

Peraturan itu turut dikenakan untuk penggunaan pengangkutan awam yang memerlukan orang ramai menunjukkan Green Pass sebagai bukti sudah menerima vaksin atau negatif ujian Covid-19.

Berdasarkan laporan akhbar tempatan, Corriere della Sera, seorang lelaki berusia 50-an didenda 400 euro kerana tidak memiliki Green Pass selepas turun dari bas berhampiran Piazza del Popolo.

"Saya tidak memiliki pas berkenaan kerana saya merancang untuk mendapatkan vaksin beberapa hari lagi," katanya.

Sebanyak 1.3 juta Green Pass dimuat turun pada Ahad, sehari sebelum peraturan baharu ini dilaksanakan.

Sementara itu, di Rom, peraturan baharu memerlukan orang ramai memakai pelitup muka di luar khususnya di kawasan beli-belah yang sibuk.

Bermula sekarang hingga 15 Januari nanti, Super Green Pass yang hanya diperoleh melalui vaksinasi atau sembuh dari Covid-19 diperlukan untuk memasuki ruang acara, termasuk restoran.

Bagaimanapun, untuk menikmati kopi di bar atau kafe serta makan di luar premis tidak memerlukan pas berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 6:19 PM