FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Rom: Seorang senator Itali digantung tugas untuk 10 hari selepas memasuki bangunan Senat di sini, tanpa mempunyai 'pas hijau', yang kini mandatori untuk semua tempat kerja di negara itu.

Susulan itu, Laura Granato, 51, tidak layak untuk mendapat elaun untuk tempoh 10 hari berkenaan.

Pas hijau itu adalah bukti kepada status vaksinasi seseorang, menunjukkan keputusan negatif atau pulih daripada jangkitan Covid-19.

Sejak Jumaat, pas itu diwajibkan untuk sektor kerajaan dan swasta.

Langkah itu bagi mempertingkat kadar vaksinasi dan mengelak daripada sekatan pergerakan (lockdown) dikuatkuasakan, meskipun polisi itu mendapat bantahan.

Hampir 86 peratus penduduk Itali yang berusia lebih 12 tahun sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan, tetapi tiga juga pekerja dipercayai masih belum divaksin.

Mereka perlu menjalani ujian saringan Covid-19 untuk bekerja, atau dianggap tidak hadir tanpa dibayar gaji.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Oktober 2021 @ 9:31 AM