Gambar fail menunjukkan Aung San Suu Kyi. - FOTO AFP
Gambar fail menunjukkan Aung San Suu Kyi. - FOTO AFP
AFP

Yangon: Sesi perbicaraan pemimpin Myanmar yang digulingkan Aung San Suu Kyi akan dipindahkan ke pekarangan penjara yang dibina tentera di Naypyidaw, kata sumber yang mengetahui kes itu pada Selasa.

Pemenang Hadiah Nobel, 77, itu ditahan oleh tentera apabila ia menggulingkan kerajaannya tahun lalu dan berdepan pelbagai pertuduhan yang boleh menyebabkan dia dipenjarakan selama lebih 150 tahun.

Sejak itu dia telah dikurung di lokasi yang tidak didedahkan di Naypyidaw, hanya meninggalkan fasiliti berkenaan untuk menghadiri perbicaraan.

Perbicaraan akan datang "akan dijalankan di Mahkamah Khas baharu di Penjara Naypyidaw" selepas siapnya bangunan mahkamah baharu itu, kata sumber yang mengetahui kes itu.

Sumber itu tidak memberikan butiran lanjut.

Peguam Suu Kyi telah dilarang daripada bercakap kepada media dan wartawan dihalang daripada perbicaraan.

Di bawah rejim junta sebelum ini, dia menghabiskan masa di bawah tahanan rumah di rumah agam keluarganya di Yangon, bandar terbesar di Myanmar.

Penahanannya sekarang telah menyaksikan hubungannya dengan dunia luar terhad kepada mesyuarat praperbicaraan ringkas dengan peguam.

Dia telah pun disabitkan dengan kesalahan rasuah, menghasut kebencian terhadap tentera, melanggar peraturan Covid-19 dan melanggar undang-undang telekomunikasi, dengan mahkamah menjatuhkan hukuman 11 tahun kepadanya setakat ini.

Suu Kyi berusia 77 tahun pada Ahad dan membawa kek hari lahir ke mahkamah untuk dimakan bersama peguamnya sebelum perbicaraan pada Isnin, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.

==

, June 21, 2022 (AFP) -

Hearings for the trial of ousted Myanmar leader Aung San Suu Kyi will be moved to a prison compound in the military-built capital Naypyidaw, a source with knowledge of the case said Tuesday.

The Nobel laureate, 77, was detained by the military when it ousted her government last year and faces a raft of charges that could see her jailed for more than 150 years.

She has since been confined to an undisclosed location in Naypyidaw, leaving only to attend hearings in a municipal compound in the east of the sprawling, low-rise capital inaugurated by the army in 2006.

Future hearings "will be conducted at the new Special Court in Naypyidaw Prison" following the completion of a new court building in the compound, said a source with knowledge of the case.

The source did not give further details.

Suu Kyi's lawyers have been banned from speaking to the media and journalists barred from her trial.

Under a previous junta regime, she spent long spells under house arrest in her family mansion in Yangon, Myanmar's largest city.

Her current detention has seen her links to the outside world limited to brief pre-trial meetings with her lawyers.

She has already been convicted of corruption, incitement against the military, breaching Covid-19 rules and breaking a telecommunications law, with a court sentencing her so far to 11 years.

Suu Kyi turned 77 on Sunday and brought a birthday cake to court to eat with her lawyers ahead of a hearing on Monday, according to a source with knowledge of the matter.

bur-rma/rbu/axn

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2022 @ 6:55 PM