AUNG San Suu Kyi. FOTO AFP
AUNG San Suu Kyi. FOTO AFP
AFP

Naypyidaw: Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi dijangka mendengar keputusan dalam perbicaraan hasutannya pada Selasa.

Ini menjadi kes pertama dalam penghakiman oleh mahkamah Junta yang boleh disabitkan hukuman penjara selama berdekad.

Penerima Anugerah Nobel itu ditahan sejak kerajaan Mynmar digulingkan awal Februari lalu sehingga menyebabkan kemelut demokrasi berlaku.

Lebih 1,200 erkorban dengan 10,000 lagi ditahan, menurut kumpulan pemerhati tempatan.

Suu Kyi berdepan hukuman tiga tahun penjara jika didapati bersalah mengeluarkan kenyataan hasutan terhadap tentera.

Wartawan dihalang mengikuti prosiding di mahkamah khas di ibu negara yang dibina oleh tentera Naypyidaw, malah peguamnya juga dilarang bercakap kepada media.

Penganalisis demokrasi berpendapat tuduhan itu hanya bertujuan untuk menghapuskan ikon demokrasi itu daripada arena politik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 November 2021 @ 10:26 AM