GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Agensi

Tokyo: Dua lelaki memecah masuk rumah seorang lelaki warga emas di Jepun pada malam Jumaat dan merompak wang tunai kira-kira 30 juta yen (kira-kira RM1 juta) yang disimpan dalam peti besi milik mangsa.

Japan Today melaporkan, polis di Koga, Ibaraki memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 malam.

Mangsa yang berusia lingkungan 80-an sedang tidur ketika rumahnya dipecah masuk.

Lelaki itu berkata, dua suspek terbabit mengejutnya dari tidur sebelum mengugutnya untuk membuka peti besi.

Suspek yang memakai topeng, mengambil wang tunai dan melarikan diri ke selatan dengan kereta yang dipandu lelaki ketiga.

"Suspek masuk ke dalam rumah dengan memecahkan tingkap di tingkat satu.

"Mangsa bagaimanapun tidak cedera.

"Selepas kejadian itu, lelaki itu meminta bantuan cucunya yang tinggal di rumah berasingan.

Difahamkan, rumah mangsa juga berfungsi sebagai pejabat sebuah syarikat, lapor Kyodo News.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2022 @ 3:23 PM