PERGUNUNGAN Tabuk di Arab Saudi dilitupi salji hujung minggu lalu.
PERGUNUNGAN Tabuk di Arab Saudi dilitupi salji hujung minggu lalu.

Riyadh: Pergunungan Tabuk di Arab Saudi diliputi salji sejak hujung minggu lalu selepas penurunan suhu secara mendadak sekali gus menarik penduduk setempat ke wilayah itu.

Puncak Jabal Al Lawz ditutup dengan warna putih sepenuhnya selepas wilayah Tabuk menunjukkan hujan lebat dan salji sejak awal pagi Sabtu.

Video ribut dan orang ramai yang meraikan salji menjadi tular di media sosial.

Menurut saluran Al Ekhbariya, salji sehingga Ahad, manakala Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) menyatakan ribut petir dialami di beberapa wilayah sekitar dari Jumaat hingga Isnin lalu.

Laporan NCM berkata, Riyadh, Makkah, Madinah, Wilayah Timur, Al Baha, Asir, Jazan, Al-Qassim, Tabuk, Al Jouf dan Hail, menerima hujan sederhana hingga lebat.

Salji agak tebal kali ini berikutan Jabal Al Lawz iaitu kawasan pergunungan di wilayah barat laut Arab Saudi.

Ia berhampiran sempadan Jordan di wilayah Tabuk, kira-kira 200 kilometer (km) ke barat laut bandar Tabuk.

Kawasan itu dipanggil sebagai Jabal Al Lawz kerana pokok badam,

Susulan itu, pertahanan Awam Arab Saudi menyeru orang ramai berwaspada ketika jarak penglihatan yang rendah dan kemungkinan hujan lebat.

Dalam pada itu, keadaan bersalji di Jabal Al Lawz menyebabkan ramai tertarik untuk berkunjung ke kawasan itu.

Mereka mengambil peluang untuk merakamkan gambar pemandangan berkenaan dan memuat naik foto dan video mengenainya di media sosial.

Ramai pengguna media sosial terkejut dengan salji di Arab Saudi walaupun kawasan berkenaan sememangnya bercuaca sejuk.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 January 2022 @ 6:35 AM