BEBERAPA wilayah di Arab Saudi menyaksikan keadaan cuaca tidak stabil, terutamanya bahagian tengah dan timur.
BEBERAPA wilayah di Arab Saudi menyaksikan keadaan cuaca tidak stabil, terutamanya bahagian tengah dan timur.
Agensi

Riyadh: Arab Saudi melaporkan hujan lebat, sejak Ahad, dengan beberapa bandar merekodkan suhu di bawah paras beku, lapor media tempatan.

Menurut kenyataan Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM), Al Qurayyat di wilayah utara Al Jouf, dan Turaif di wilayah sempadan utara merekodkan suhu terendah di Arab Saudi.

Suhu di kawasan berkenaan, adalah di bawah satu darjah Celsius

Suhu di bandar Tabuk mencecah pula tiga darjah Celsius, manakala Hail, mencatatkan suhu lima darjah Celsius.

Al Qurayyat, Turaif dan bandar-bandar lain di wilayah utara biasanya menyaksikan suhu di bawah sifar yang melampau.

Selain itu, ada kawasan berkenaan dilanda salji lebat semasa musim sejuk.

Dalam laporan yang diterbitkan pada hari Ahad, NCM memaklumkan kebanyakan wilayah di Arab Saudi akan dilanda cuaca musim sejuk, dengan hujan, mulai Selasa.

Ia termasuk Makkah, Riyadh, Al Baha, Asir, Al Qassim, Wilayah Timur, Tabuk, Wilayah Sempadan Utara, Al Jouf dan Hail akan mengalami hujan musim sejuk.

Beberapa wilayah di Arab Saudi menyaksikan keadaan cuaca tidak stabil, terutamanya bahagian tengah dan timur, dan video hujan lebat melanda beberapa wilayah sudah tular di media sosial.

Media pada bulan lalu pernah melaporkan cuaca sejuk, hujan renyai dan hujan ais dengan salji dilaporkan di beberapa kawasan di Arab Saudi, memberi kegembiraan untuk mereka yang jarang melihatnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Disember 2021 @ 7:15 AM