FOTO HIASAN EPA
FOTO HIASAN EPA
AFP

Manila: Filipina menamatkan sekatan terhadap aktiviti kegemaran orang awam seperti karaoke dan sukan bola keranjang di Manila dan membuka semula universiti selepas kes baru jangkitan Covid-19 semakin perlahan.

Semua sekatan ke atas pergerakan orang muda di bawah 18 tahun ditamatkan di ibu negara.

Sekolah rendah akan dibuka tidak lama lagi, kerana belum mendapat kelulusan Presiden Rodrigo Duterte.

"Ini adalah berita yang dinanti-nantikan semua orang," kata jurucakap Duterte, Harry Roque.

Larangan terhadap aktviti rekreasi dan sukan yang membabitkan sentuhan adalah komponen utama perintah berkurung yang dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19.

Pegawai menyatakan bahawa liputan vaksinasi yang tinggi membantu mengurangkan lonjakan kes baru Covid-19.

Di Manila, jumlah kes harian menyaksikan penurunan ketara dari 2,000 kes sehari pada bulan lalu kepada purata hanya 493 kes sehari.

Peraturan baru ini akan berkuatkuasa sehingga 21 November nanti, namun akan dilanjutkan sekiranya jumlah kes terus menurun.

Kanak-kanak hanya dibenarkan berada di luar rumah bermula bulan ini, namun hanya untuk urusan 'mendapatkan barangan dan perkhidmatan asas'.

Sukan yang membabitkan sentuhan seperti bola keranjang, bar karaoke dan operasi taman tema turut dibenarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 November 2021 @ 6:56 PM