Filipina mengumumkan bahawa ibu negaranya, Manila akan dikenakan sekatan pergerakan minggu depan. FOTO AFP
Filipina mengumumkan bahawa ibu negaranya, Manila akan dikenakan sekatan pergerakan minggu depan. FOTO AFP
AFP

Manila: Filipina mengumumkan bahawa ibu negaranya, Manila akan dikenakan sekatan pergerakan minggu depan selepas hospital berdepan masalah menampung jumlah pesakit yang meningkat mendadak.

Ia berikutan negara berkenaan merekodkan kes jangkitan Covid-19 dari varian baharu yang lebih mudah berjangkit.

Sekatan berkenaan yang berlangsung selama seminggu akan membabitkan Metro Manila dan empat wilayah berhampirannya dengan jumlah 24 juta penduduk, kata jurucakap presiden, Harry Roque.

"Virus ini adalah musuh kita, bukan kerajaan.

"Ketika kita berada di rumah untuk mengurangkan kadar jangkitan, kerajaan sedia membantu sesiapa yang memerlukan," katanya.

Bermula Isnin ini, orang ramai diminta bekerja dari rumah kecuali mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan penting.

Tiada perhimpunan dibenarkan dan larangan keluar pada waktu malam dikenakan dari jam 6 petang hingga 5 pagi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mac 2021 @ 8:05 PM