SANCHO cuba melepasi pemain Paris St Germain's Nuno Mendes. -FOTO Reuters
SANCHO cuba melepasi pemain Paris St Germain's Nuno Mendes. -FOTO Reuters
Agensi

Dortmund: 'Luar biasa', 'bertenaga', 'angkuh' perkataan yang menjadi topik perbualan berhubung aksi mengagumkan Jadon Sancho dalam saingan Liga Juara-Juara malam tadi.

Pemain yang dipinjamkan Manchester United itu melepasi pertahanan Paris St-Germain berkali-kali ketika Borussia Dortmund mencatatkan kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara.

Ia membuatkan ramai peminat United bertanya mengapa kelab mereka tidak dapat memberikan yang terbaik kepada pemain itu.

Pemain berusia 24 tahun itu lebih banyak ke depan menggelecek pada separuh masa mengetuai 'Tembok Kuning' Dortmund berbanding daripada 58 penampilannya dalam Liga Perdana.

Perpindahannya berprofil tinggi ke Old Trafford menyaksikan dia bergelut untuk prestasi dan konsistensi, menjaringkan 12 gol dalam 82 penampilan dan berselisih dengan pengurus Erik ten Hag.

Peminat Dortmund walaupun menikmati pemain berbeza sejak dia kembali secara pinjaman pada Januari, dia adalah pemain yang boleh membantu pasukan mereka ke final Liga Juara-Juara menentang sama ada Real Madrid atau Bayern Munich di Stadium Wembley.

Bekas penyerang Scotland, Ally McCoist memberitahu TNT Sports: "Sancho kelihatan seperti pemain yang berbeza sama sekali. Bahasa badannya seperti pemain yang dibeli oleh Manchester United.

"Banyak yang anda boleh ketahui daripada bahasa badan. Dia kelihatan segar.

"Dia begitu berkeyakinan, kemampuannya kembali. Dia berada dalam persekitaran di mana dia disukai dan dia kelihatan seperti pemain bola sepak yang berbeza."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2024 @ 1:12 PM