POLIS bercakap dengan penduduk di lokasi kejadian. FOTO Agensi
POLIS bercakap dengan penduduk di lokasi kejadian. FOTO Agensi
AFP

Washington: Lelaki Afrika-Amerika yang mempunyai 10 anak mati ditembak polis ketika siasatan di Carolina Utara pada Rabu, menurut pihak berkuasa tempatan.

Syerif Pasquotank County Tommy Wooten berkata, salah seorang timbalannya menembak mati Andrew Brown di Elizabeth City ketika melaksanakan waran terhadap lelaki itu.

"Ini adalah hari yang tragis," kata Wooten kepada pemberita.

Menurut stesen televisyen tempatan WAVY, memetik saksi kejadian, Brown ditembak ketika mahu melarikan diri daripada polis dengan menaiki keretanya.

Brown berusia 40 dan mempunyai 10 anak, menurut stesen berkenaan.

Wooten memberi jaminan ketelusan dalam penyiasatan kes berkenaan. Bagaimanapun, pihaknya masih belum membuat analisis terhadap kamera badan pada anggota polis terbabit kejadian itu.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat oleh Biro Siasatan Carolina Utara.

Kejadian itu berlaku sehari selepas bekas polis Minneapolis Derek Chauvin didapati bersalah atas pembunuhan lelaki kulit hitam, George Floyd, pada tahun lalu.

Kurang sejam sebelum keputusan itu, polis di Ohio menembak mati seorang remaja yang dipercayai menggunakan pisau terhadap seorang individu lain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 9:34 AM