WES Brown. FOTO Agensi
WES Brown. FOTO Agensi
Agensi

London: Bekas bintang Manchester United, Wes Brown diisytiharkan muflis, menurut laporan.

Mirror mendakwa HMRC memfailkan petisyen muflis terhadap bekas pertahanan England itu pada Februari lalu, yang ditandatangani di Mahkamah Tinggi pada 12 April.

Brown dilaporkan memperoleh gaji lumayan sepanjang tempohnya di Old Trafford. Pemain pertahanan serba boleh itu menghabiskan masa selama 15 tahun di United bermula dari skuad remaja.

Dia kemudiannya pernah beraksi di Sunderland dan Blackburn sebelum bersara di Kerala Blasters.

Brown, 43, melakukan 23 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan England antara 1999 sehingga 2010.

Tahun lalu Brown berpisah dengan isterinya, Leanne Wassell.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga selama 20 tahun dan kini berkongsi hak penjagaan tiga anak mereka.

Brown pernah mempunyai hartanah di Prestbury, Cheshire untuk dijual berharga £4.5 juta (RM24.8 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 April 2023 @ 9:38 PM