SEORANG pesakit kanser menerima vaksin Covid-19. FOTO AFP
SEORANG pesakit kanser menerima vaksin Covid-19. FOTO AFP
AFP

Washington: Amerika Syarikat (AS) sudah memvaksin sekurang-kurangnya satu dos kepada lebih 100 juta penduduknya, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) negara itu.

Berdasarkan data CDC, seramai 101,804,762 orang yang menerima sekurang-kurangnya satu dos adalah 30 peratus daripada populasi negara itu.

Hampir 58 juta daripada mereka sudah diimunisasi sepenuhnya, sama ada menerusi vaksin jenis dua dos atau vaksin jenis satu dos.

Lebih daripada separuh daripada angka itu adalah individu berusia 65 tahun ke atas.

Ketika program pemvaksinan diperhebat di negara paling terjejas akibat Covid-19 itu, Presiden Joe Biden pada minggu lalu berjanji bahawa 90 peratus daripada orang dewasa di AS akan menerima vaksin menjelang 19 April.

Biden sebelum ini berikrar bahawa 200 juta dos vaksin disuntik kepada penduduk negara itu dalam tempoh 100 hari pentadbirannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 April 2021 @ 10:34 AM