PENGAWAL keselamatan memakai penutup mulut dan hidung ketika berjalan di pusat beli-belah di Beijing. FOTO AFP
PENGAWAL keselamatan memakai penutup mulut dan hidung ketika berjalan di pusat beli-belah di Beijing. FOTO AFP
Agensi

BEIJING: Lebih banyak bandar di China termasuk yang terletak sejauh 175 kilometer dari Shanghai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, akibat wabak koronavirus baharu.

Kira-kira 12 juta orang terjejas oleh sekatan baru itu, manakala puluhan juta lagi dikuarantin di dalam dan sekitar Wuhan.

Bandar Taizhou yang terletak di daerah Hangzhou di mana menempatkan ibu pejabat gergasi teknologi Cina, Alibaba dan Ningbo hanya membenarkan seorang setiap isi rumah keluar setiap dua hari untuk membeli barangan keperluan, kata pegawai bandar raya .

Taizhou yang terletak 850 kilometer dari wilayah Hubei juga menggantung 95 perkhidmatan kereta api ke bandar itu, bermula semalam.

Di samping itu, komuniti penduduk hanya dibenarkan menggunakan satu pintu masuk dan harus menunjukkan kad pengenalan setiap kali datang atau pulang, kata pegawai kerajaan Taizhou di akaun WeChat rasmi mereka.

Pemilik rumah juga dilarang menyewa harta benda kepada orang dari ‘kawasan yang teruk terjejas seperti Hubei’ yang pulang ke kampung halaman mereka, baru-baru ini.

Di daerah Hangzhou, langkah tambahan termasuk memakai topeng diwajibkan dan pemeriksaan kad pengenalan dan suhu.

Sekatan terkini mengikuti langkah sama yang diumumkan Ahad lalu di Wenzhou, yang mempunyai populasi sembilan juta penduduk.

Di bandar itu, pergerakan penduduk disekat dengan jalan ditutup.

Selain itu, di wilayah Zhejiang mengesahkan 829 kes direkodkan dan jumlah tertinggi di luar wilayah tengah Hubei.

Di seluruh negara, lebih daripada 20,000 orang dijangkiti virus baru itu dengan 425 jumlah kematian direkodkan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Februari 2020 @ 4:14 PM