SEORANG wanita yang baru tiba di Hubei, bercakap dengan pegawai keselamatan sebelum dibenarkan memasuki kawasan Jiangxi. FOTO Reuters
SEORANG wanita yang baru tiba di Hubei, bercakap dengan pegawai keselamatan sebelum dibenarkan memasuki kawasan Jiangxi. FOTO Reuters
AFP

Beijing: Kerajaan China akan menghantar pesawat sewa khas bagi membawa pulang rakyat di luar negara yang berasal dari wilayah Hubei, lokasi bermulanya koronavirus baharu secepat mungkin, kata Kementerian Luar China pada Jumaat.

Jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying berkata, ini adalah 'keadaan yang sukar' yang perlu dihadapi penduduk Hubei yang berada di luar negara.

Sementara itu, kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran peringkat tertinggi kepada rakyatnya agar tidak melakukan sebarang urusan di China ekoran koronavirus.

Jabatan Negara AS mengeluarkan empat peringkat amaran kepada warganya agar menilai semula perjalanan ke China selepas merujuk kepada keputusan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang mengklasifikasikan koronavirus sebagai Amaran Darurat Kesihatan Antarabangsa (PHEIC).

WHO mengumumkan keputusan itu pada Khamis selepas melihat kesan jangkitan yang merebak bermula dari 213 orang kini sudah mencecah 10,000 orang.

"Kerajaan AS tidak berupaya menyediakan perkhidmatan kecemasan kepada warga kami yang berada di wilayah Hubei," katanya.

Kini, banyak negara sudah mengeluarkan arahan sekatan perjalanan kepada warganya daripada memasuki China khususnya wilayah Hubei yang terjejas teruk akibat koronavirus.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 January 2020 @ 1:01 PM