TARIKH baharu untuk temasya itu akan diumumkan kemudian. FOTO AFP
TARIKH baharu untuk temasya itu akan diumumkan kemudian. FOTO AFP
AFP

Beijing: Sukan Asia 2022 yang dijadual berlangsung di Hangzou, China September ini akan ditangguhkan.

Menurut pengajur, negara itu sedang bergelut dengan kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Tiada alasan diberikan berikutan penangguhan itu, akan tetapi China masih berusaha mengekang penularan wabak itu sejak awal lagi.

"Majlis Olimpik Asia telah mengumumkan bahawa Sukan Asia ke-19, yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Hangzhou, China dari 10 hingga 25 September 2022, akan ditangguhkan," menerusi satu kenyataan di laman web rasmi Sukan di China.

"Tarikh baharu untuk temasya itu akan diumumkan kemudian," tambahnya lagi.

Tuan rumah Hangzhou terletak kurang daripada 200 kilometer (120 batu) dari bandar terbesar di negara itu.

Shanghai, yang telah mengalami sekatan selama berminggu-minggu sebagai pendekatan toleransi Parti Komunis yang memerintah untuk mengekang penularan virus itu.

Penganjur berkata, bulan lalu Hangzhou yang juga sebuah bandar dengan 12 juta penduduk di timur China, telah selesai membina kira-kira 56 tempat pertandingan untuk Sukan Asia dan Sukan Para Asia.

Pada masa itu, mereka merancang untuk mengadakan acara di bawah pelan kawalan virus dengan mengambil konsep "belajar daripada pengalaman" Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, yang diadakan pada bulan Februari dalam langkah pencegahan Covid yang ketat.

Hangzhou bersedia untuk menjadi bandar ketiga di China yang menjadi tuan rumah pertandingan benua itu selepas Beijing pada 1990 dan Guangzhou pada 2010.

Beberapa acara sepatutnya diadakan di bandar wilayah lain termasuk Ningbo, Wenzhou, Huzhou, Shaoxing dan Jinhua.

Hampir semua sukan antarabangsa telah terhenti di China sejak Covid mula merebak di bandar Wuhan, China pada akhir 2019.

Olimpik Beijing adalah pengecualian tetapi ia diadakan dalam ruang tertutup yang ketat dengan semua orang di dalamnya termasuk atlet, kakitangan, sukarelawan dan media mengambil ujian Covid setiap hari dan tidak dibenarkan untuk berada dalam khalayak ramai.

China yang masih berpegang kepada dasar sifar Covid, mengenakan sekatan ketat, kuarantin dan program ujian besar-besaran walaupun negara lain mula dibuka semula apabila ancaman wabak itu semakin surut.

Kerajaan telah menggembar-gemburkan strategi itu sebagai tanda menghargai kehidupan manusia disebabkan kebimbangan mereka dan boleh mengelakkan krisis kesihatan awam yang banyak terjadi di negara Barat.

Pemimpin tertinggi pada hari semalam sekali lagi berikrar untuk tidak berbelah bahagi kepada dasar sifar Covid dan tegas melawan kritikan terhadap dasar itu walaupun semakin ramai penduduk yang membantah.

Kemarahan penduduk Shanghai semakin memuncak di mana 25 juta orang telah bergelut di bawah sekatan itu sejak Mac disebabkan langkah sekatan yang terlalu ketat dan syarat kuarantin yang dikenakan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2022 @ 4:15 PM