HARIMAU kumbang itu berjaya keluar dari rumah pemiliknya melalui tingkap yang terbuka. FOTO AFP
HARIMAU kumbang itu berjaya keluar dari rumah pemiliknya melalui tingkap yang terbuka. FOTO AFP
Reuters

LILLE, PERANCIS: Harimau kumbang yang terlepas dari jagaan pemiliknya minggu lalu, didapati dicuri dari sebuah zoo di sini, hari ini, seminggu selepas haiwan itu berjaya ditangkap kembali.

Pekerja Zoo Maubeuge yang datang bekerja pagi tadi, mendapati pintu ke kandang harimau itu dipecahkan manakala haiwan berkenaan tiada di tempatnya.

Harimau kumbang itu mencetuskan panik di Armentieres, bandar dekat sempadan Belgium minggu lalu, selepas dilihat berkeliaran atas bumbung rumah.

Haiwan itu berjaya keluar dari rumah pemiliknya melalui tingkap yang terbuka. Pemilik harimau itu kini diburu polis kerana menyimpan haiwan berbahaya di rumah persendirian.

Anggota bomba berjaya menangkap harimau kumbang betina berusia enam bulan itu dan diserahkan kepada Zoo Maubeuge.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 September 2019 @ 9:52 PM