BANGKAI ular itu  menggeliang-geliut dan  seolah-olah cuba membelit pisau tukang masak.
BANGKAI ular itu menggeliang-geliut dan seolah-olah cuba membelit pisau tukang masak.
Agensi

Louisiana: Seorang tukang masak terkejut apabila orok-orok yang sudah dibunuh, disiat kulit dan dibuang organ dalaman tiba-tiba ‘hidup semula’ sejurus sebelum dimasukkan ke dalam periuk untuk dimasak.

Ular yang mengeliang-geliut itu seolah-olah mahu membalas dendam dan dilihat berlingkar serta bergerak di atas papan pemotong yang dipenuhi darahnya.

Malah pada satu ketika bangkai ular itu dilihat seperti mahu membelit pisau digunakan tukang masak berkenaan.

Tukang masak itu yang nyata terkejut kedengaran berkata: “Ular itu sudah mati dan dibuang isi perutnya.

“Tetapi tengoklah, dia masih enggan mati. Ular ini nampak begitu marah. Pada hal isi perutnya sudah kosong. Memang gila!”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2016 @ 7:54 AM