BANGUNAN kedutaan Canada di China. -Foto Reuters
BANGUNAN kedutaan Canada di China. -Foto Reuters
Reuters

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, semalam berkata beliau memecat duta besarnya ke China yang mampu menimbulkan konflik keganasan politik dengan mengeluarkan komen berkaitan kes ekstradisi berprofil tinggi.

“Malam tadi, saya meminta dan menerima peletakan jawatan John McCallum sebagai duta Kanada ke China,” kata Trudeau dalam satu kenyataan tetapi tidak menjelaskan sebab tindakan itu diambil.

Khamis lalu, Trudeau memberitahu pemberita bahawa dia tidak bercadang untuk menggantikan McCallum selepas mengeluarkan kenyataan berkaitan Ketua Pegawai Kewangan Huawei Technologies Co Ltd, Meng Wanzhou kerana mengkritik permohonan ekstradisi ke Amerika Syarikat.

Ahli politik di pihak pembangkang menuduh campur tangan McCallum dalam kes berkenaan menjejaskan hubungan politik antara Kanada dan China.

Meng ditahan di Vancouver Disember lalu atas dakwaan melanggar sekatan Amerika Syarikat terhadap Iran. China kemudian menahan dua warga Kanada atas dasar keselamatan negara.

Ditanya mengapa McCallum dipecat, jurucakap Trudeau, Eleanore Catenaro enggan mengulas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 January 2019 @ 1:26 PM