ST George's Chapel, Windsor Castle di mana Harry dan Meghan (gambar kecil) bakal mengadakan upacara perkahwinan mereka. FOTO AFP
ST George's Chapel, Windsor Castle di mana Harry dan Meghan (gambar kecil) bakal mengadakan upacara perkahwinan mereka. FOTO AFP
AFP

PUTERA Harry dan tunangnya, pelakon Amerika Syarikat Meghan Markle akan melaksanakan upacara perkahwinan mereka di St George’s Chapel di Windsor Castle, England.

Kensington Palace menerusi satu kenyataan di London, hari ini berkata, upacara itu akan berlangsung pada Mei tahun depan.

“Ratu Elizabeth II berkenan membenarkan upacara berlangsung di situ. Keluarga Diraja akan menanggung perbelanjaan bagi upacara itu,” katanya.

Harry, 33, adalah anak kedua Putera Charles bersama bekas isterinya, mendiang Puteri Diana dan juga orang kelima bakal menaiki takhta Britain manakala Meghan terkenal dengan wataknya dalam siri televisyen Amerika Syarikat, ‘Suits’.

Mereka bertunang awal bulan ini.

Berita berkaitan:

Putera Harry, Meghan dah tunang

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 November 2017 @ 11:53 PM